User Tools

Site Tools


hulu_1940-an

This is an old revision of the document!


Kampung Jenderam Hulu: 1940-an

Dirujuk oleh

Perihal

“Sejak sebelum Perang Dunia Kedua, kawasan kampung ini kebanyakannya telah dijadikan tanah milikan, ditanam dengan pokok getah, padi dan buah-buahan. Luasnya kawasan milikan tiap-tiap satu keluarga lebih kurang 4 hingga 10 ekar. Pokok getah ditanam di kawasan tinggi dan di lereng-lereng bukit di sebelah timur. Manakala padi pula ditanam di kedua-dua belah kawasan Sungai Jenderam, iaitu kawasan tanah pamah di sebelah barat. Sungai Jenderam, salah sebuah ranting sungai Langat yang mengalir di tengah-tengah kawasan ini telah diluruskan dan tiga (3) buah empangan telah dibina untuk mengadakan sistem tali air yang teratur bagi memudahkan penanaman padi sawah di kawasan ini.” (“Dipetik dan diubah suai daripada Mohd. Nor bin Mohd. Amin, 1977/1978, Jenderam Korban Dharurat 1948-1958, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Kuala Lumpur (tidak diterbitkan)”: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.29).

“Rumah-rumah perkampungan di sini kebanyakannya didirikan di tanah milik sendiri. Pokok buah-buahan banyak ditanam di kawasan tepi rumah. Daripada persimpangan jalan Jenderam ke Dengkil, lebih kurang 3 batu di sebelah timur di lereng Bukit Tunggul, tanah-tanah di kawasan ini telah dijadikan kawasan tanah pinggir dan dimiliki oleh orang-orang kampung di sini. Tanah-ranah ini pada asalnya telah dibersihkan oleh setinggan-setinggan Cina sejak tahun 1947 lagi. Boleh dikatakan lebih daripada 80 peratus penduduk di kampung ini terdiri daripada orang-orang Melayu berketurunan Minangkabau, Sumatera. Selebihnya terdiri daripada orang Cina dan sedikit orang India. Kaum Cina yang tinggal di sini sebelum tahun 1951, menduduki tanah Kerajaan tanpa kelulusan. Mereka bertani dengan menanam sayur dan berternak. Ada juga di antara mereka yang berniaga.” (“Dipetik dan diubah suai daripada Mohd. Nor bin Mohd. Amin, 1977/1978, Jenderam Korban Dharurat 1948-1958, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Kuala Lumpur (tidak diterbitkan)”: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.30).

hulu_1940-an.1764638864.txt.gz · Last modified: by sazli