User Tools

Site Tools


jenderam_hilir

Differences

This shows you the differences between two versions of the page.

Link to this comparison view

Next revision
Previous revision
jenderam_hilir [2025/11/24 10:00] – created sazlijenderam_hilir [2026/01/12 10:20] (kini) – [1957-02-11: Rekod Jabatan Mergastua: Ujang bin Jalil] sazli
Line 4: Line 4:
  
 //"Kampung Jenderam Hilir terletak di dalam Mukim Dengkil dan mula diterokai pada tahun 1901. Kampung ini mempunyai keluasan kawasan kira-kira 270 ekar, di mana sebahagian besar kawasannya terlibat dalam aktiviti pertanian kelapa sawit dan getah. Lokasi kampung ini terletak bersempadan dengan Kampung Desa Putra dan Kampung Limau Manis di sebelah utara, Kampung Jenderam Hulu di sebelah selatan dan Kampung Semarang di sebelah <del>timur</del>[barat]nya. Di sebelah <del>barat</del>[timur]nya pula ialah Kampung Sungai Buah dan Bangi Lama. \\ //"Kampung Jenderam Hilir terletak di dalam Mukim Dengkil dan mula diterokai pada tahun 1901. Kampung ini mempunyai keluasan kawasan kira-kira 270 ekar, di mana sebahagian besar kawasannya terlibat dalam aktiviti pertanian kelapa sawit dan getah. Lokasi kampung ini terletak bersempadan dengan Kampung Desa Putra dan Kampung Limau Manis di sebelah utara, Kampung Jenderam Hulu di sebelah selatan dan Kampung Semarang di sebelah <del>timur</del>[barat]nya. Di sebelah <del>barat</del>[timur]nya pula ialah Kampung Sungai Buah dan Bangi Lama. \\
-\\+\\ 
 Kampung ini boleh dihubungi melalui Jalan Persekutuan yang merentasi Daerah Sepang. Ianya ditadbir oleh seorang Ketua Kampung iaitu Tuan Haji Mohd. Mokhtar bin Musa dan dibantu oleh JKKK. Pada asalnya, penduduk di sini terdiri daripada 100 peratus orang Melayu yang berasal daripada suku kaum Rambah, Tembusai (Temusai), Mandiling dan Minangkabau. Suku kaum ini berasal dari Pekan Baru, Bukit Tinggi dan Padang di Sumatera. \\ Kampung ini boleh dihubungi melalui Jalan Persekutuan yang merentasi Daerah Sepang. Ianya ditadbir oleh seorang Ketua Kampung iaitu Tuan Haji Mohd. Mokhtar bin Musa dan dibantu oleh JKKK. Pada asalnya, penduduk di sini terdiri daripada 100 peratus orang Melayu yang berasal daripada suku kaum Rambah, Tembusai (Temusai), Mandiling dan Minangkabau. Suku kaum ini berasal dari Pekan Baru, Bukit Tinggi dan Padang di Sumatera. \\
 \\ \\
 Kumpulan peneroka yang mula-mula meneroka kawasan ini antaranya ialah Haji Shahbudin, Encik Baki, Encik Kumbang,  Kumpulan peneroka yang mula-mula meneroka kawasan ini antaranya ialah Haji Shahbudin, Encik Baki, Encik Kumbang, 
 Encik Kidang, Haji Jabar, Encik Syed, Encik Dalip dan lain-lain. Semua mereka ini terdiri daripada suku-suku kaum di atas."//  Encik Kidang, Haji Jabar, Encik Syed, Encik Dalip dan lain-lain. Semua mereka ini terdiri daripada suku-suku kaum di atas."// 
 +
 +{{:gambar:masjid-syakirin-2007.png?340|Masjid As-Syakirin di Kampung Jenderam Hilir}}{{:gambar:perkuburan-jenderamhilir-2007.png?340|Kawasan perkuburan Islam di Kampung Jenderam Hilir}} \\
 +**Kiri**: //"Masjid As-Syakirin di Kampung Jenderam Hilir."// (2007) \\
 +**Kanan**: //"Kawasan perkuburan Islam di Kampung Jenderam Hilir."// (2007)
  
 (Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: [[https://search.worldcat.org/title/koleksi-cerita-asal-usul-dan-sejarah-daerah-sepang/oclc/746106230|Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang]], hlm.21-22). (Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: [[https://search.worldcat.org/title/koleksi-cerita-asal-usul-dan-sejarah-daerah-sepang/oclc/746106230|Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang]], hlm.21-22).
Line 21: Line 25:
 \\ \\
 Ada pendapat mengatakan bahawa pada mulanya kampung ini dikenali dengan nama Jalan Baru. Kemudiannya, nama kampung ini telah diubah menjadi Jin Menderam dan Janda Melaram. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa nama asal ialah Jin Menderam dan Janda Melaram, kemudian baru dinamakan Jalan Baru. Namun begitu, sebutan yang diterima ramai ialah Jenderam."// Ada pendapat mengatakan bahawa pada mulanya kampung ini dikenali dengan nama Jalan Baru. Kemudiannya, nama kampung ini telah diubah menjadi Jin Menderam dan Janda Melaram. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa nama asal ialah Jin Menderam dan Janda Melaram, kemudian baru dinamakan Jalan Baru. Namun begitu, sebutan yang diterima ramai ialah Jenderam."//
 +
 +{{:gambar:rumahgurulama-2007.png?450|Bangunan lama rumah guru yang masih digunakan di Kampung Jenderam Hilir}} \\
 +//"Bangunan lama rumah guru yang masih digunakan di Kampung Jenderam Hilir."// (2007)
  
 (Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: [[https://search.worldcat.org/title/koleksi-cerita-asal-usul-dan-sejarah-daerah-sepang/oclc/746106230|Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang]], hlm.22-23). (Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: [[https://search.worldcat.org/title/koleksi-cerita-asal-usul-dan-sejarah-daerah-sepang/oclc/746106230|Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang]], hlm.22-23).
Line 30: Line 37:
 \\ \\
 Mengenai kisah nama Janda Laram pula ialah berkemungkinan ianya berpunca daripada seorang perempuan cantik yang suka berhias selepas kematian suaminya. Ada juga yang mengatakan bahawa Janda Laram ini sebenarnva hantu yang menyerupai perempuan cantik yang pernah dijumpai oleh orang-orang kampung. Lama kelamaan sebutan Jin Menderam atau Janda Laram ini bertukar menjadi Jenderam sehingga hari ini."// Mengenai kisah nama Janda Laram pula ialah berkemungkinan ianya berpunca daripada seorang perempuan cantik yang suka berhias selepas kematian suaminya. Ada juga yang mengatakan bahawa Janda Laram ini sebenarnva hantu yang menyerupai perempuan cantik yang pernah dijumpai oleh orang-orang kampung. Lama kelamaan sebutan Jin Menderam atau Janda Laram ini bertukar menjadi Jenderam sehingga hari ini."//
 +
 +{{:gambar:peneroka-jenderamhilir.png?225|Peneroka awal Kampung Jenderam Hilir}} \\
 +//"Peneroka awal Kampung Jenderam Hilir yang terdiri daripada suku kaum Rambah dan Tembusai yang berasal dari Sumatera berusaha gigih membuka kebun dan petempatan di kampung ini."//
  
 (Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: [[https://search.worldcat.org/title/koleksi-cerita-asal-usul-dan-sejarah-daerah-sepang/oclc/746106230|Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang]], hlm.23-25). (Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: [[https://search.worldcat.org/title/koleksi-cerita-asal-usul-dan-sejarah-daerah-sepang/oclc/746106230|Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang]], hlm.23-25).
 +
 +===== 1929-12-23: Permohonan Kalam Untuk ke Mekah =====
 +
 +Arkib Negara 1957/0262635W, 23/12/1929: {{ :arkibgambar:online_finding_aids_-_material_detail_-_321112.pdf ||}}[[https://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/321112|APPLICATION BY KALAM BIN AHMAD NATHIR MAJID AT JALAN BAHRU, JENDRAM, FOR FINANCIAL ASSISTANCE OF $400/- TO ENABLE HIM TO GO TO MECCA]]
  
 ===== 1948-1960: Darurat ===== ===== 1948-1960: Darurat =====
Line 44: Line 58:
  
 (Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: [[https://search.worldcat.org/title/koleksi-cerita-asal-usul-dan-sejarah-daerah-sepang/oclc/746106230|Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang]], hlm.25). (Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: [[https://search.worldcat.org/title/koleksi-cerita-asal-usul-dan-sejarah-daerah-sepang/oclc/746106230|Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang]], hlm.25).
 +
 +===== 1950-08-09: Sekolah Roboh Dilanda Ribut =====
 +
 +//"A heavy storm recently caused the collapse of the school building at Jenderam Hilir two days before work began on major extensive repairs. Today the Selangor State Council recommended the expenditure of $2,000 for re-erection of the building."// (Singapore Standard, 9 August 1950, Page 3: {{ :akhbar:singstandard19500809-1-2-54.pdf ||}} [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/singstandard19500809-1.2.54|"$2,000 To Rebuild Village School"]]).
 +
 +===== 1957-02-11: Rekod Jabatan Mergastua: Ujang bin Jalil =====
 +
 +(Arkib Negara 1957/0692073W, 11/02/1957: {{ :arkibgambar:online_finding_aids_-_material_detail_-_1706082.pdf ||}}[[https://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1706082|"UJANG BIN JALIL JENDRAM HELIR, DENGKIL, SELANGOR."]]).
 +
 +===== 1958-05-15: Padang Kerbau =====
 +
 +Arkib Negara 1983/0002710W, 15/05/1958: {{ :arkibgambar:online_finding_aids_-_material_detail_-_1715876.pdf ||}}[[https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/1715876|"PADANG KERBAU JENDERAM PADI AREA"]]).
  
 ===== Kini ===== ===== Kini =====
Line 56: Line 82:
  
 (Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: [[https://search.worldcat.org/title/koleksi-cerita-asal-usul-dan-sejarah-daerah-sepang/oclc/746106230|Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang]], hlm.26). (Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: [[https://search.worldcat.org/title/koleksi-cerita-asal-usul-dan-sejarah-daerah-sepang/oclc/746106230|Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang]], hlm.26).
 +
 +===== Peninggalan =====
 +
 +==== Upacara Berondoi (Berendoi) ====
 +
 +//"Di Kampung Jenderam Hilir, Upacara Berondoi (Berendui) masih lagi diamalkan sehingga kini. Uapacara ini dilakukan semasa bayi baru menaiki buai. Syair Ondoi ini berbunyi: \\
 +\\
 +Lailahaillallah, Lailahaillallah, Lailahaillallah \\
 +Nabi Muhammad Ya Rasullullah \\
 +\\
 +Bismillah itu awal permulaan, \\
 +Mula tersurat di dalam Quran; \\
 +Yakin dan sabar ingat-ingatkan Tuhan, \\
 +Karang sedikit kami khabarkan. \\
 +\\
 +Karangan ini hendak berondoi, \\
 +Mengikut syariat Nabi dan Rasul; \\
 +Diletak kanak-kanak di dalam ondoi, \\
 +Lebai dan Haji memegang tali ondoi. \\
 +\\
 +Berondoi ini sangat mulia, \\
 +Mengikut syariat Nabinya kita; \\
 +Siti Fatimah beyondoi-ondoi yang juga, \\
 +Sahabat yang empat hadir belaka. \\
 +\\
 +Empat orang sahabatnya Nabi, \\
 +Abu Bakar dan Omar Osman dan Ali; \\ 
 +Khalifah Muhammad Sayyidul Arabi, \\
 +Membaca Al-Quran sangatlah qari. \\
 +\\ 
 +Fatimah itu orang budiman, \\
 +Dikasihi Allah Khaliqul Rahman; \\ 
 +Turun Jibrail serta-sertanya iman, \\
 +Anaknya Nabi akhir zaman. \\
 +\\
 +Fatimah itu orangnya cantik, \\
 +Hidungnya mancung alisnya lentik; \\ 
 +Putih dan kuning warna-warnanya kulit, \\ 
 +Menyembah Allah sangatlah tertib. \\
 +\\
 +Fatimah itu orangnya sedang, \\
 +Pinggangnya ramping dadanya bidang; \\ 
 +Rambutnya lebat serta-sertanya panjang, \\
 +Tambahan pula lehernya jinjang. \\
 +\\ 
 +Nabi Muhammad akhir zaman, \\
 +Siti Aminah bondanya aman; \\
 +Al-Madinah Muqaddarul Aman, \\
 +Masjid Nabawi tempat kediaman. \\
 +\\
 +Karangan ini sudahlah tamat, \\
 +Mengikut syariat Nabi Muhammad; \\
 +Barang yang taat beroleh-oleh nikmat, \\
 +Kepada Allah meminta selamat. \\
 +\\
 +Allahhumma salli was salim wabarik alaih \\
 +\\
 +Selepas berdoa terus berondoi (buai budak) \\
 +\\
 +Baca siang (Hazal yaum wa ajrah) \\
 +Baca malam (Hazihil lailati wa ajrah)"//
 +
 +(Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: [[https://search.worldcat.org/title/koleksi-cerita-asal-usul-dan-sejarah-daerah-sepang/oclc/746106230|Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang]], hlm.26-28).
  
jenderam_hilir.1763949632.txt.gz · Last modified: by sazli