This is an old revision of the document!
Jadual Kandungan
Kampung Jenderam Hilir (1901)
Perihal
“Kampung Jenderam Hilir terletak di dalam Mukim Dengkil dan mula diterokai pada tahun 1901. Kampung ini mempunyai keluasan kawasan kira-kira 270 ekar, di mana sebahagian besar kawasannya terlibat dalam aktiviti pertanian kelapa sawit dan getah. Lokasi kampung ini terletak bersempadan dengan Kampung Desa Putra dan Kampung Limau Manis di sebelah utara, Kampung Jenderam Hulu di sebelah selatan dan Kampung Semarang di sebelah timur[barat]nya. Di sebelah barat[timur]nya pula ialah Kampung Sungai Buah dan Bangi Lama.
Kampung ini boleh dihubungi melalui Jalan Persekutuan yang merentasi Daerah Sepang. Ianya ditadbir oleh seorang Ketua Kampung iaitu Tuan Haji Mohd. Mokhtar bin Musa dan dibantu oleh JKKK. Pada asalnya, penduduk di sini terdiri daripada 100 peratus orang Melayu yang berasal daripada suku kaum Rambah, Tembusai (Temusai), Mandiling dan Minangkabau. Suku kaum ini berasal dari Pekan Baru, Bukit Tinggi dan Padang di Sumatera.
Kumpulan peneroka yang mula-mula meneroka kawasan ini antaranya ialah Haji Shahbudin, Encik Baki, Encik Kumbang,
Encik Kidang, Haji Jabar, Encik Syed, Encik Dalip dan lain-lain. Semua mereka ini terdiri daripada suku-suku kaum di atas.”

Kiri: “Masjid As-Syakirin di Kampung Jenderam Hilir.” (2007)
Kanan: “Kawasan perkuburan Islam di Kampung Jenderam Hilir.” (2007)
(Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.21-22).
1901: Pembukaan
“Menurut cerita, kumpulan peneroka asal yang berketurunan darah Riau terutama yang berasal dari Rambah dan Tembusai (Temusai) ini pada mulanya berhijrah dari Riau ke Singapura. Ada di kalangan mereka menjadi buruh kasar untuk mencari penghidupan yang lebih baik. Orang Rambah dan Tembusai ini dikatakan mempunyai perwatakan yang garang
dan berani. Terdapat cerita yang mengatakan bahawa semasa berada di kampung halaman mereka, ada di kalangan kumpulan ini mempunyai keberanian yang luar biasa. Keberanian dan kegarangan mereka ini sehingga ada yang mampu memukul harimau setiap kali harimau datang untuk menangkap kambing peliharaan mereka. Selepas dipukul oleh
orang Rambah, harimau itu tidak berani datang lagi.
Terdapat juga di kalangan mereka yang dikatakan mempunyai ilmu dan kebolehan untuk berhubung dengan orang bunian. Orang yang mempunyai kelebihan ini beruntung kerana boleh meminjam peralatan perkahwinan daripada orang bunian tersebut dengan syarat peralatan tersebut perlu dipulangkan walaupun ia pecah, rosak ataupun sumbing. Namun begitu, oleh kerana terdapat di kalangan penduduk kampung yang melanggar perjanjian tersebut, maka mereka tidak lagi dibenarkan meminjam peralatan perkahwinan daripada orang Bunian itu sehinggalah sekarang.
Ada pendapat mengatakan bahawa pada mulanya kampung ini dikenali dengan nama Jalan Baru. Kemudiannya, nama kampung ini telah diubah menjadi Jin Menderam dan Janda Melaram. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa nama asal ialah Jin Menderam dan Janda Melaram, kemudian baru dinamakan Jalan Baru. Namun begitu, sebutan yang diterima ramai ialah Jenderam.”
“Bangunan lama rumah guru yang masih digunakan di Kampung Jenderam Hilir.”
(Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.22-23).
Asal-Usul Nama
“Mengikut sejarah asal usul nama Kampung Jenderam Hilir ini, terdapat dua (2) kisah yang mengaitkan asal nama kampung ini iaitu kisah-kisah Jin Menderam dan Janda Laram. Menurut cerita, yang dimaksudkan dengan Jin Menderam itu adalah merujuk kepada harimau. Ini kerana, di peringkat awal pembukaannya di peringkat awal pembukaannya
kawasan Jenderam Hilir merupakan kawasan hutan yang diteroka. Oleh itu, sudah tentu banyak harimau dan binatang buas berkeliaran di kawasan ini. Bunyi harimau mengaum merupakan ancaman dan menimbulkan rasa takut di hati penduduk kampung. Oleh kerana pantang larang menyebut harimau pada masa itu, pertama takut akan bahayanya dan kedua takut bagi anak-anak, jadi penduduk kampung terbiasa menyebut 'jin' untuk merujuk kepada harimau kerana panggilan ini dianggap lebih sesuai.
Mengenai kisah nama Janda Laram pula ialah berkemungkinan ianya berpunca daripada seorang perempuan cantik yang suka berhias selepas kematian suaminya. Ada juga yang mengatakan bahawa Janda Laram ini sebenarnva hantu yang menyerupai perempuan cantik yang pernah dijumpai oleh orang-orang kampung. Lama kelamaan sebutan Jin Menderam atau Janda Laram ini bertukar menjadi Jenderam sehingga hari ini.”
“Peneroka awal Kampung Jenderam Hilir yang terdiri daripada suku kaum Rambah dan Tembusai yang berasal dari Sumatera berusaha gigih membuka kebun dan petempatan di kampung ini.”
(Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.23-25).
1948-1960: Darurat
“Pada sekitar tahun 1945, terdapat pengusaha Cina yang mengusahakan ladang-ladang getah mereka di kampung ini. Namun begitu, selepas peristiwa 13 Mei 1969, kampung ini diduduki oleh orang Melayu sepenuhnva. Ini kerana, semasa Zaman Darurat kampung-kampung seperti Jenderam Hilir dan Jenderam Hulu pernah menjadi benteng gerakan komunis yang sering memaksa penduduk kampung menyokong dakyah mereka. Yang menyedihkan, ada di kalangan pemimpin dan penduduk kampung yang terkorban kerana tidak mahu bekerjasama atau disyaki oleh pihak komunis. Pada Zaman Jepun dan Zaman komunis juga, penduduk tidak dapat mengusahakan tanaman padi bukit dan kebun mereka di Paya Rumbai kerana bimbang dengan ancaman peperangan dan komunis.” (Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.25-26).
1948-1949: Jalan Kampung Ditar
“Mengenai kemudahan infrastruktur, jalan raya di kampung ini pada mulanya merupakan jalan tanah merah sahaja. Jalan ini telah ditar sekitar tahun 1948-1949. Setelah merdeka, kampung ini mula menempuh arus pembangunan yang pesat di mana banyak rumah-rumah telah didirikan terutama di kiri dan kanan jalan raya tersebut. Pada masa itu, tiada sekolah kebangsaan di Kampung Jenderam Hilir. Oleh itu, penduduk kampung menghantar anak-anak mereka bersekolah di Kampung Jenderam Hulu dan Jenderam Pekan.
Kampung Jenderam Hilir mempunyai kampung-kampung kecil atau kariah di dalamnya seperti Kampung Jenderam Hilir, Loji Air Semenyih, Taman Desa Sinaran, Taman Desa, Bukit Tunggul (Unggul), Kampung Baru Jenderam dan Kampung Orang Asli, Batu 28 Bukit Jenok.”
(Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.25).
Kini
“Generasi penduduk di kampung ini sekarang merupakan generasi yang keempat. Pada masa kini, jumlah penduduk ialah 2,567 orang (2,431 orang Melayu). Sehingga kini, masih ramai di kalangan penduduk kampung ini yang boleh berbahasa Riau loghat Pekan Baru.
Dari segi kepimpinan kampung, pada masa lalu, Ketua Kampung dahulunya dipanggil Tok Dagang. Ketua-ketua Kampung yang pernah menerajui Kampung Jenderam Hilir ialah:
i) Tok Dagang Said;
ii) Tok Dagang Abdul Rahman (1968-1991); dan
iii) Haji Mohd. Mokhtar bin Haji Musa. ”
(Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.26).
Peninggalan
Upacara Berondoi (Berendoi)
“Di Kampung Jenderam Hilir, Upacara Berondoi (Berendui) masih lagi diamalkan sehingga kini. Uapacara ini dilakukan semasa bayi baru menaiki buai. Syair Ondoi ini berbunyi:
Lailahaillallah, Lailahaillallah, Lailahaillallah
Nabi Muhammad Ya Rasullullah
Bismillah itu awal permulaan,
Mula tersurat di dalam Quran;
Yakin dan sabar ingat-ingatkan Tuhan,
Karang sedikit kami khabarkan.
Karangan ini hendak berondoi,
Mengikut syariat Nabi dan Rasul;
Diletak kanak-kanak di dalam ondoi,
Lebai dan Haji memegang tali ondoi.
Berondoi ini sangat mulia,
Mengikut syariat Nabinya kita;
Siti Fatimah beyondoi-ondoi yang juga,
Sahabat yang empat hadir belaka.
Empat orang sahabatnya Nabi,
Abu Bakar dan Omar Osman dan Ali;
Khalifah Muhammad Sayyidul Arabi,
Membaca Al-Quran sangatlah qari.
Fatimah itu orang budiman,
Dikasihi Allah Khaliqul Rahman;
Turun Jibrail serta-sertanya iman,
Anaknya Nabi akhir zaman.
Fatimah itu orangnya cantik,
Hidungnya mancung alisnya lentik;
Putih dan kuning warna-warnanya kulit,
Menyembah Allah sangatlah tertib.
Fatimah itu orangnya sedang,
Pinggangnya ramping dadanya bidang;
Rambutnya lebat serta-sertanya panjang,
Tambahan pula lehernya jinjang.
Nabi Muhammad akhir zaman,
Siti Aminah bondanya aman;
Al-Madinah Muqaddarul Aman,
Masjid Nabawi tempat kediaman.
Karangan ini sudahlah tamat,
Mengikut syariat Nabi Muhammad;
Barang yang taat beroleh-oleh nikmat,
Kepada Allah meminta selamat.
Allahhumma salli was salim wabarik alaih
Selepas berdoa terus berondoi (buai budak)
Baca siang (Hazal yaum wa ajrah)
Baca malam (Hazihil lailati wa ajrah)”
(Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.26-28).
