| Both sides previous revisionPrevious revisionNext revision | Previous revision |
| jenderam_hulu [2025/12/02 10:03] – [1958: Pembukaan Semula] sazli | jenderam_hulu [2026/01/26 12:32] (kini) – sazli |
|---|
| ====== Kampung Jenderam Hulu (1870-an) ====== | ====== Kampung Jenderam Hulu (1870-1910) ====== |
| |
| ===== Perihal ===== | ===== Perihal ===== |
| (Sumber: //"Dipetik dan diubah suai daripada Mohd. Nor bin Mohd. Amin, 1977/1978, Jenderam Korban Dharurat 1948-1958, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Kuala Lumpur (tidak diterbitkan)"//: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: [[https://search.worldcat.org/title/koleksi-cerita-asal-usul-dan-sejarah-daerah-sepang/oclc/746106230|Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang]], hlm.34-36). | (Sumber: //"Dipetik dan diubah suai daripada Mohd. Nor bin Mohd. Amin, 1977/1978, Jenderam Korban Dharurat 1948-1958, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Kuala Lumpur (tidak diterbitkan)"//: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: [[https://search.worldcat.org/title/koleksi-cerita-asal-usul-dan-sejarah-daerah-sepang/oclc/746106230|Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang]], hlm.34-36). |
| |
| ===== 1910-1916: Perkembangan Kampung ===== | **BERSAMBUNG: [[hulu_1910-an|Kampung Jenderam Hulu: 1910-an]]** |
| | |
| //"Selepas tahun 1911, ramai orang-orang yang tidak mempunyai tanah datang ke Jenderam untuk meminta tanah dan berjumpa dengan Penghulu Naim. Pembahagian tanah telah dibuat oleh Penghulu Naim dan catitan mengenai butir-butir mereka yang telah diberi tanah dibuat oleh Haji Abdullah bin Hussin. Seperti biasa, tiap-tiap seorang diberi | |
| 4 ekar tanah kawasan paya untuk bersawah termasuk tapak rumah. Penghulu Naim telah membayarkan premium tanah untuk lebih kurang 50 orang, dan orang-orang yang datang kemudiannya terpaksa membayar premium tanah mereka sendiri. Pada masa itu sesiapa sahaja boleh membuka kawasan baru asalkan dibayar premiumnya. \\ | |
| \\ | |
| Antara tahun 1910 dan 1916, lebih daripada 65 keluarga telah ada di sini dan orang-orang dari luar masih lagi datang untuk membuka tanah. Ada juga orang-orang dari Sumatera berketurunan Minangkabau terus datang ke Jenderam kerana saudara mara mereka telah sedia ada di sana. Lebih daripada 90 peratus penduduk Jenderam merupakan orang- | |
| orang Sumatera berketurunan Minangkabau dari suku Pili, Jambak, Koto, Melayu dan Cheniaga (Chaniagor). \\ | |
| \\ | |
| Apabila siapnya pembukaan kampung ini, penduduknya terus mendirikan sebuah surau yang dindingnya diperbuat daripada kulit kayu Meranti, lantai papan yang bertarah dengan parang dan atapnya daripada daun Bertam yang dianyam. Surau ini juga digunakan sebagai masjid selain menjalankan aktiviti dan pentadbiran masyarakat kampung. Penghulu | |
| Naim kerika itu adalah sebagai Ketua Kampung, manakala imam ialah Kari Yassin dan bilal ialah ayah Penghulu Malim dan adiknya Mohd. Rashid. Ada dua buah kedai Melayu yang dipunyai oleh Kari Jaafar dan Baginda Basar. \\ | |
| \\ | |
| Pekerjaan penduduk Jenderam pada masa itu bersawah padi, mengerjakan tanah, mencari hasil-hasil hutan dan mencari ikan di Sungai Jenderam. Pada masa pembukaan Ladang Getah pada tahun 1911 di Batu 30, tenaga pekerjanya diambil daripada kalangan penduduk kampung ini yang diketuai oleh Penghulu Naim untuk membuat pekerjaan menebas, menebang, membakar, memerun, merumput dan menanam pokok getah. Pada tahun 1916, penduduk kampung telah diberi kebenaran untuk | |
| menanam getah di tanah masing-masing seluas 4 ekar seorang."// | |
| | |
| (Sumber: //"Dipetik dan diubah suai daripada Mohd. Nor bin Mohd. Amin, 1977/1978, Jenderam Korban Dharurat 1948-1958, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Kuala Lumpur (tidak diterbitkan)"//: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: [[https://search.worldcat.org/title/koleksi-cerita-asal-usul-dan-sejarah-daerah-sepang/oclc/746106230|Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang]], hlm.36-37). | |
| | |
| **MAKLUMAT LANJUT: [[hulu_1910-an|Kampung Jenderam Hulu: 1910-an]]** | |
| | |
| ===== Peta 1913 dan 1918 ===== | |
| | |
| {{:peta:peta-jenderam-1913.png?430|Peta petempatan awal Sungai Jenderam, 1913}}{{:peta:peta-jenderam-1918.png?470|Peta rizab melayu Sungai Jenderam, 1918}} \\ | |
| **Kiri**: Peta sekitar petempatan awal Sungai Jenderam (1913) sebelum pewartaan rizab Melayu Jenderam, kini dikenali sebagai "Jenderam Hulu". Ketika itu [[https://bangi.pulasan.my/jalan_reko_sepang|Jalan Sepang-Rekoh-Kajang]] sahaja yang ada, dan masih melalui sebelah timur Bukit Tunggul (Central Survey Office, Kuala Lumpur, Federated Malay States (F.M.S.) @ Survey Department, Singapore; 测量局; Singapore. Survey Department, 1913: {{ :arkibgambar:selangor_federated_malay_states_1913.pdf ||}}[[https://www.nas.gov.sg/archivesonline/maps_building_plans/record-details/fa893ca0-115c-11e3-83d5-0050568939ad|"Selangor, Federated Malay States 1913"]]). \\ | |
| **Kanan**: Peta sekitar petempatan Sungai Jenderam (1918) setelah pewartaan rizab Melayu Jenderam. [[https://bangi.pulasan.my/jalan_reko_sepang|Jalan Sepang-Rekoh-Kajang]] kini melalui sebelah barat Bukit Tunggul. Kelihatan [[https://bangi.pulasan.my/jalan_reko_telokdatok|Jalan Bangi-Telok Datok]] telah siap dibina sekitar tahun itu (Central Survey Office, Kuala Lumpur, Surveyor-General's Office, Federated Malay States (F.M.S.) @ Survey Department, Singapore; 测量局; Singapore. Survey Department, 1918: {{ :arkibgambar:selangor_federated_malay_states_1918.pdf ||}}[[https://www.nas.gov.sg/archivesonline/maps_building_plans/record-details/fa7a8a29-115c-11e3-83d5-0050568939ad|"Selangor, Federated Malay States 1918"]]). | |
| | |
| ===== Peta 1926 dan 1929 ===== | |
| | |
| {{:peta:peta-jenderam-1926.png?450|Peta sekitar rizab Melayu Jenderam, 1926}}{{:peta:peta-jenderam-1929.png?450|Peta sekitar rizab Melayu Jenderam, 1929}} \\ | |
| **Kiri**: Peta sekitar rizab Melayu Jenderam (1926). Kawasan rizab melayu ini telah diperluaskan ke seluruh hulu Sungai Jenderam di sebelah selatannya (Malaya Survey Department, 1926 @ University of Minnesota Libraries: {{ :laman:umedia-peta-selangor-1926.pdf ||}}[[https://umedia.lib.umn.edu/item/p16022coll230:3899|"Selangor : Federated Malay States 1926"]]). \\ | |
| **Kanan**: Peta sekitar rizab Melayu Jenderam (1929) (Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: {{ :laman:selangor_1929._geographicus_rare_antique_maps.pdf ||}}[[https://www.geographicus.com/P/AntiqueMap/selangor-fms-1929|"1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)"]]). | |
| | |
| **MAKLUMAT LANJUT: [[hulu_1920-an|Kampung Jenderam Hulu: 1920-an]]** | |
| | |
| **MAKLUMAT LANJUT: [[hulu_1930-an|Kampung Jenderam Hulu: 1930-an]]** | |
| | |
| ===== 1940-an: Sebelum Darurat ===== | |
| | |
| //"Sejak sebelum Perang Dunia Kedua, kawasan kampung ini kebanyakannya telah dijadikan tanah milikan, ditanam dengan pokok getah, padi dan buah-buahan. Luasnya kawasan milikan tiap-tiap satu keluarga lebih kurang 4 hingga 10 ekar. Pokok getah ditanam di kawasan tinggi dan di lereng-lereng bukit di sebelah timur. Manakala padi pula ditanam di kedua-dua belah kawasan Sungai Jenderam, iaitu kawasan tanah pamah di sebelah barat. Sungai Jenderam, salah sebuah ranting sungai Langat yang mengalir di tengah-tengah kawasan ini telah diluruskan dan tiga (3) buah empangan telah dibina untuk mengadakan sistem tali air yang teratur bagi memudahkan penanaman padi sawah di kawasan ini."// (//"Dipetik dan diubah suai daripada Mohd. Nor bin Mohd. Amin, 1977/1978, Jenderam Korban Dharurat 1948-1958, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Kuala Lumpur (tidak diterbitkan)"//: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: [[https://search.worldcat.org/title/koleksi-cerita-asal-usul-dan-sejarah-daerah-sepang/oclc/746106230|Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang]], hlm.29). | |
| | |
| //"Rumah-rumah perkampungan di sini kebanyakannya didirikan di tanah milik sendiri. Pokok buah-buahan banyak ditanam di kawasan tepi rumah. Daripada persimpangan jalan Jenderam ke Dengkil, lebih kurang 3 batu di sebelah timur di lereng Bukit Tunggul, tanah-tanah di kawasan ini telah dijadikan kawasan tanah pinggir dan dimiliki oleh orang-orang kampung di sini. Tanah-ranah ini pada asalnya telah dibersihkan oleh setinggan-setinggan Cina sejak tahun 1947 lagi. Boleh dikatakan lebih daripada 80 peratus penduduk di kampung ini terdiri daripada orang-orang Melayu berketurunan Minangkabau, Sumatera. Selebihnya terdiri daripada orang Cina dan sedikit orang India. Kaum Cina yang tinggal di sini sebelum tahun 1951, menduduki tanah Kerajaan tanpa kelulusan. Mereka bertani dengan menanam sayur dan berternak. Ada juga di antara mereka yang berniaga."// (//"Dipetik dan diubah suai daripada Mohd. Nor bin Mohd. Amin, 1977/1978, Jenderam Korban Dharurat 1948-1958, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Kuala Lumpur (tidak diterbitkan)"//: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: [[https://search.worldcat.org/title/koleksi-cerita-asal-usul-dan-sejarah-daerah-sepang/oclc/746106230|Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang]], hlm.30). | |
| | |
| **MAKLUMAT LANJUT: [[hulu_1940-an|Kampung Jenderam Hulu: 1940-an]]** | |
| | |
| ===== 1951: Pemindahan dan Pemusnahan ===== | |
| | |
| {{:gambar:kegiatan-komunis-jenderamhulu.png?240|Zaman darurat}}{{:peta:peta-jenderam-1950.png?450|Peta sekitar Jenderam, 1950}} \\ | |
| **Kiri**: //"Kegiatan Komunis yang berleluasa di sekitar tahun 1948 banyak meninggalkan kesan kepada penduduk di Kampung Jenderam Hulu."// (Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: [[https://search.worldcat.org/title/koleksi-cerita-asal-usul-dan-sejarah-daerah-sepang/oclc/746106230|Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang]], hlm.31). \\ | |
| **Kanan**: Peta sekitar Jenderam, 1950, kira-kira setahun sebelum peristiwa pemindahan dan pemusnahannya (Surveyor General, Malaya, 1950 @ Australian National University: {{ :laman:open_research_malaysia_malaya_selangor_1950_land_use_south_sheet_1950_1_126_720.pdf ||}}[[http://hdl.handle.net/1885/140895|"Malaysia, Malaya, Selangor 1950, Land Use, South Sheet, 1950, 1:126 720"]]). | |
| | |
| //"Darurat telah membawa berbagai-bagai peristiwa yang pahit ke atas sebilangan penduduk Tanah Melayu, termasuklah penduduk Kampung Jenderam. Dengan kuatkuasa undang-undang Darurat 1948, seluruh penduduk Kampung Jenderam telah dipindahkan ke khemah tahanan di Kluang, Johor. Kampung halaman mereka telah dimusnahkan, rumah-rumah mereka dibakar dan harta benda mereka dirampas serta dilelong. Peristiwa ini bukan sahaja telah menggemparkan penduduk Tanah Melayu tetapi juga menggegarkan Parlimen British. Kerajaan mengakui bahawa tindakan itu adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan, tetapi terpaksa dijalankan kerana pada pendapat mereka penduduk Kampung Jenderam terbukti penyokong kuat Komunis. Oleh kerana itu mereka harus dipindahkan supaya pihak Komunis tidak mendapat bantuan. \\ | |
| \\ | |
| Tetapi adakah sebenarnya penduduk Jenderam ini Komunis.? Ataupun mereka ini pejuang-pejuang kebangsaan yang hendak menuntut kemerdekaan Tanah Melayu! Jika ditinjau lebih dekat didapati bahawa penduduk Jenderam yang berasal dari Indonesia, mendapat pendidikan agama Islam di Indonesia dan mempunyai semangat revolusi Indonesia yang begitu bersemarak ketika itu. Mereka mempunyai fikiran dan pandangan yang progresif dan tujuan sebenar mereka adalah untuk | |
| memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Dengan berpegang kepada hakikat bahawa Tanah Melayu dan Indonesia itu satu, telah menyebabkan mereka bergiat dalam pergerakan Parri Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu bersama-sama dengan Indonesia. \\ | |
| \\ | |
| Perjuangan penduduk Jenderam ini adalah perjuangan untuk mencapai hasrat dan cita-cita ke arah ini yang akibatnya telah mengorbankan kampung halaman, harta benda dan juga nyawa mereka. Bagi mereka, untuk mencapai cita-cita ini mereka sanggup bergabung dengan sesiapa sahaja walau dengan Komunis sekalipun. Pegangan mereka inilah yang telah menyebabkan Kerajaan British menuduh mereka Komunis dan mengambil tindakan yang drastik terhadap mereka. Tindakan secara pukul rata pihak British ini menyebabkan orang awam yang tidak bersalah juga dikategorikan sebagai komunis | |
| termasuklah golongan wanita dan kanak-kanak. Hanya generasi yang pernah mengalami peristiwa ini yang memahami dan merasai kepedihan dipaksa meninggalkan kampung halaman, sawah bendang, tanaman dan ternakan serta segala-gala yang pernah mereka miliki. Akibatnya agak tragis kerana sehingga kini apabila disebut Kampung Jenderam Hulu, masih ada tanggapan di kalangan sesetengah pihak bahawa kampung ini merupakan bekas kampung komunis dan penduduknya adalah warisan generasi ini."// | |
| | |
| (Sumber: //"Dipetik dan diubah suai daripada Mohd. Nor bin Mohd. Amin, 1977/1978, Jenderam Korban Dharurat 1948-1958, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Kuala Lumpur (tidak diterbitkan)"//: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: [[https://search.worldcat.org/title/koleksi-cerita-asal-usul-dan-sejarah-daerah-sepang/oclc/746106230|Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang]], hlm.37-38). | |
| | |
| **MAKLUMAT LANJUT: [[hulu_1950-an|Kampung Jenderam Hulu: 1950-an]]** | |
| | |
| ===== 1958: Pembukaan Semula ===== | |
| | |
| //"Sekitar tahun 1958, Raja Mahmud bin Raja Alang (kerabat Sultan Selangor) telah berusaha dan memohon kepada Kerajaan British agar penduduk Kampung Jenderam Hulu yang diarah berpindah ke kem di Kluang dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Pada mulanya, permintaan beliau ditolak. Walau bagaimanapun, beliau tidak berputus asa dan meneruskan usaha dengan mengadakan perundingan demi perundingan bersama wakil Kerajaan British. Setelah kata sepakat dicapai, British membenarkan penduduk kampung untuk kembali ke rumah masing-masing dengan syarat mereka tidak dibenarkan tinggal di kawasan pedalaman. Oleh itu, "rumah tumpang" iaitu rumah sementara yang dibina sederet (seperti rumah kedai) digunakan bagi mereka yang mahu menetap di kampung ini kerana rumah-rumah yang lain telah | |
| dibakar."// (//"Dipetik dan diubah suai daripada Mohd. Nor bin Mohd. Amin, 1977/1978, Jenderam Korban Dharurat 1948-1958, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Kuala Lumpur (tidak diterbitkan)"//: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: [[https://search.worldcat.org/title/koleksi-cerita-asal-usul-dan-sejarah-daerah-sepang/oclc/746106230|Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang]], hlm.39). | |
| | |
| //"Oleh kerana Sungai Jenderam ini telah diluruskan, kawasan ini sekarang tidak lagi terdedah kepada banjir. Penanaman padi yang banyak sekali ialah sebelum penduduk Kampung Jenderam Hulu ini dipindahkan dalam tahun 1951. Selepas mereka balik semula ke kampung ini, penanaman padi sudah berkurangan dan selepas tahun 1972, penanaman padi di kawasan ini telah dihentikan. Selain daripada getah dan padi, terdapat juga aktiviti campuran seperti membela binatang ternakan dan kebun buah-buahan. \\ | |
| .....\\ | |
| Apabila kampung ini dibuka semula selepas tahun 1958, hanya orang-orang Melayu sahaja yang dibenarkan balik. Setelah orang-orang Jenderam Hulu dibenarkan balik ke kampung mereka, Kerajaan telah melaksanakan projek pembangunan bagi kemajuan kampung ini. Antara projek yang telah dilaksanakan seperti Balai raya (1959), Pondok Telefon (1959), Sekolah Agama (1964), Klinik Kesihatan (1964) dan Rumah Kaum Ibu (1965). Sekolah Melayu Kampung Jenderam Hulu telah dibina semula dalam tahun 1959. Pada tahun 1958, kampung ini telah dibahagikan kepada empat (4) kawasan atau blok di bawah pengawasan Datuk Empat (Tok Empat) yang bertanggungjawab kepada Ketua Kampung. Blok 1 | |
| ialah kawasan kedai di bawah pengawasan Encik Bakar bin Jali, Blok 2 kawasan seberang di bawah Encik Osman bin Binu, Blok 3 Kampung Hilir di bawah Encik Yunus bin Pendek dan Blok 4 Kampung Hulu di bawah Encik Agus bin Singkat."// | |
| | |
| (Sumber: //"Dipetik dan diubah suai daripada Mohd. Nor bin Mohd. Amin, 1977/1978, Jenderam Korban Dharurat 1948-1958, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Kuala Lumpur (tidak diterbitkan)"//: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: [[https://search.worldcat.org/title/koleksi-cerita-asal-usul-dan-sejarah-daerah-sepang/oclc/746106230|Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang]], hlm.30-32). | |
| | |
| {{:peta:peta-jenderam-1963.png?450|Peta sekitar Jenderam, 1963}}{{:peta:peta-jenderam-2025.png?450|Peta sekitar Jenderam, 2025}} \\ | |
| Peta sekitar Kg. Jenderam (ditandakan merah). Kelihatan Kg. Jalan Bahru (ditandakan ungu, mungkin merujuk kepada [[https://bangi.pulasan.my/jalan_reko_telokdatok|Jalan Bangi-Telok Datok]] yang siap dibina 8-9 tahun selepas Kg. Jenderam diasaskan), dan Kg. Jenderam Hilir (ditandakan biru tua) di sebelah utara. Ada pendapat mengatakan Kg. Bahru mendahului Kg. Jenderam Hilir, dan ada juga pendapat sebaliknya (Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: [[https://search.worldcat.org/title/koleksi-cerita-asal-usul-dan-sejarah-daerah-sepang/oclc/746106230|Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang]], hlm.22-23). \\ | |
| **Kiri**: Berdasarkan peta tahun 1962-1963 (Director of National Mapping, Malaysia, 1962: {{ :laman:open_research_malaysia_selangor_kuala_lumpur_series_l7010_sheet_94_1962_1_63_360.pdf ||}}[[http://hdl.handle.net/1885/163825|"Malaysia, Selangor, Kuala Lumpur, Series: L7010, Sheet 94, 1962, 1:63 360"]]; Director of National Mapping, Malaysia, 1963 @ Australian National University: {{ :laman:open_research_malaysia_negri_sembilan_selangor_sepang_series_l7010_sheet_102_1963_1_63_360.pdf ||}}[[http://hdl.handle.net/1885/163817|"Malaysia, Negri Sembilan, Selangor, Sepang, Series: L7010, Sheet 102, 1963, 1:63 360"]]). \\ | |
| **Kanan**: Berdasarkan peta 2025. Kg. Jenderam kini dikenali sebagai "Jenderam Hulu". Kedua-dua Kg. Jalan Bahru dan Kg. Jenderam Hilir adalah sebahagian daripada "Jenderam Hilir" kini ([[https://mapcarta.com/Sungai_Jenderam_W703367584|Mapcarta]]). | |
| | |
| **MAKLUMAT LANJUT: [[hulu_1950-an|Kampung Jenderam Hulu: 1950-an]]** | |
| |