User Tools

Site Tools


masjid_alridha

This is an old revision of the document!


Masjid Al-Ridha (1936)

Dirujuk oleh

Perihal

Pemandangan Masjid Jenderam Hulu
Pemandangan sekitar Masjid Al-Ridha, Jenderam Hulu (Fahmi Abd Malik @ Facebook Jenderam Hill Villa, 20 Oktober 2023: "Fahmi Abd Malik").

Menurut rekod JAKIM, bangunan asal masjid ini telah pun beroperasi sejak tahun 1936. Namun bangunan masjid yang ada kini telah dibina semula sepenuhnya pada tahun 1982: “Tarikh Dibina: 01/01/1982 ….. Mengikut catatan dari kajian ole Mohd Nor bin Mohd Amin (kajian ilmiah Sarjana Muda Sastera Jabatan Sejarah Universiti Malaya 1977/78) Hj.Abdullah bin Husin. lahir di bandar Sumatera 1883 pernah ditauliahkan oleh Sultan Selangor sebagai ketua masjid kariah Jenderam pada tahun 1936. Namun dipercayai pembesaran masjid dikampung ini telah bermula lebih awal tahun lagi memandangkan pembukaan kampung ini telah dilakukan oleh Penghulu Naim bin Nak Oada tahun 1909/1910 yang datang dari Kuala Langat bersama - sama Kenton,Orang Tua Sayat dan 16 orang lagi dari Beranang.” (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia @ Portal Masjid Malaysia: |"MASJID AR RIDHA").

Kronologi

1910-an: Surau dan Tapak Masjid

“Antara tahun 1910 dan 1916, lebih daripada 65 keluarga telah ada di sini dan orang-orang dari luar masih lagi datang untuk membuka tanah. Ada juga orang-orang dari Sumatera berketurunan Minangkabau terus datang ke Jenderam kerana saudara mara mereka telah sedia ada di sana. Lebih daripada 90 peratus penduduk Jenderam merupakan orang- orang Sumatera berketurunan Minangkabau dari suku Pili, Jambak, Koto, Melayu dan Cheniaga (Chaniagor). Apabila siapnya pembukaan kampung ini, penduduknya terus mendirikan sebuah surau yang dindingnya diperbuat daripada kulit kayu Meranti, lantai papan yang bertarah dengan parang dan atapnya daripada daun Bertam yang dianyam. Surau ini juga digunakan sebagai masjid selain menjalankan aktiviti dan pentadbiran masyarakat kampung. Penghulu Naim kerika itu adalah sebagai Ketua Kampung, manakala imam ialah Kari Yassin dan bilal ialah ayah Penghulu Malim dan adiknya Mohd. Rashid.” (“Dipetik dan diubah suai daripada Mohd. Nor bin Mohd. Amin, 1977/1978, Jenderam Korban Dharurat 1948-1958, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Kuala Lumpur (tidak diterbitkan)”: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.36-37).

1911-01-14: Permohonan Awal Tanah Rizab Masjid dan Perkuburan

Lampiran 1: Permohonan

“District Office,
Kajang, 9th January 1911.
Reservation of 5 acres of land for a Mosque and Malay burial ground at Sungei Jendram.

Sir,
I have the honour to seek sanction for the survey and reservation of an area of about 5 acres as shown in red on attached tracing as a Mosque and Burial ground for the Malay community of Sungei Jendram.
2. There is a large and increasing Malay settlement at Sungei Jendram (27th to 29th mile Bangi-Salak road) and the land now asked for is centrally situated as regards the reserve. A mosque and burial ground are certainly required.
3. If approved, the frontage will be used for a Mosque and tanah Wakaf and the back portion for a burial ground - an arrangement which can be assured by issuing a burial license for the back portion of land only.

I have the honour to be,
Sir,
Your Obedient Servant,
?
Ag: District Officer,
Ulu Langat.”

Lampiran 2: Kelulusan Residen

“Resident
Submitted
?
12.1.11
approved
13.1.11. ?
D.O.U.L. [District Officer of Ulu Langat]]
To note ? 13.1.11”

“SR, Noted - thankyou - I will call in the paper when survey has been made - ? 14/1/11”

(Sumber: Arkib Negara 1957/0155553W, 09/01/1911: |"RESERVATION OF 5 ACRES OF LAND FOR A MOSQUE AND A MALAY BURIAL GROUND AT SUNGEI JENDRAM")

1913-1924: Siri Permohonan Seterusnya

1927-05-13: Pembinaan Masjid Jenderam

Masjid Ar-Ridha di Kampung Jenderam Hulu, 2007
+ “Masjid Ar-Ridha di Kampung Jenderam Hulu.” (2007) (Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.29).

masjid_alridha.1764372115.txt.gz · Last modified: by sazli