This is an old revision of the document!
Jadual Kandungan
Pembukaan Semula (1957-1959)
1957-10-01: Pertemuan Perwakilan
“Satu rayuan dari raayat Jenderam, “Kampong hantu” di-Selangor. 30 batu ka-selatan Kuala Lumpur. untok kebenaran kembali sa-mula ka-kampong-nya, dari mana mereka telah di-pindah-kan tahun dahulu, akan di-bawa ka-dalam meshuarat Majlis Meshuarat Gerakan2 Dharurat Persekutuan ta' berapa lama lagi. Satu jaminan bahawa rayuan tersebut akan mendapat “pertimbangan yang simpati” telah di-beri oleh Perdana Menteri, Tengku Abdul Rahman, apabila beliau menemui satu rombongan 14 orang se-malam.” (Berita Harian, 1 October 1957, Page 1: "Tengku jumpa perwakilan Jenderam").
1957-11-16: Cetusan Pembukaan Semula
“Perdana Menteri, Tengku Abdul Rahman, ingin hendak membuka sa-mula dengan sa-berapa segera kampong Jenderam, yang dahulu-nya menjadi sa-buah kawasan yang bahaya di-Selatan Selangor.” (Berita Harian, 16 November 1957, Page 5|“Jenderam akan di-buka samula”]]).
1958-04-26: Seruan Pembukaan Semula
“Sa-hingga sekarang telah dua tahun Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan membinchangkan tentang hendak menghidupkan kembali kampong Jenderam yang pada suatu masa dahulu sangat merbahaya dan terpaksa di-pindahkan pada masa tujoh tahun dahulu di-bawah Undang2 Dharurat. Pehak2 yang berkuasa nampak-nya telah me-mereksa semua shor2 berkenaan persediaan2 hendak membangunkan kembali kampong Jenderam itu. Bekas pendudok-nya, ke-banyakan-nya orang2 Melayu, telah di-beri jaminan ia-itu segala2nya sedang di-uruskan untok mem-perchepatkan agar mereka dapat kembali ka-kampong mereka itu. Pada bulan October yang lalu Perdana Menteri telah memberi jaminan kapada suatu perwakilan ia-itu dia akan mengirim atau menghantar mereka kembali ka-rumah masing2 jika Jawatan kuasa Perang Negeri tidak mendatangkan sa-barang bantahan. Jawatan kuasa Perang Negeri itu tidak ada sa-barang ban— tahan. Beberapa minggu kemudian-nya Majlis Gerakan Dharurat mengambil keputusan hendak membenar-kan orang2 kampong itu kembali ka-kampong mereka. Dan Kerajaan Selangor mengumumkan bahawa Kerajaan sedang membuat suatu ranchangan untok me-nempatkan mereka itu kembali. Sa-benar-nya pe-mulehan sa-mula kampong Jenderam itu telah di-beri “keutamaan yang istimewa.” Sa-telah itu pula Setiausaha Negeri Selangor mengumum-kan ia-itu semua ranchangan2 telah terlambat di-sebabkan “kesusahan2 teknikal yang tidak di-sangka2.” Kesusahan2 ini nampak- nya bukan-lah bagitu besar tentang teknikal sa-bagai-mana kesusahan kewangan. Ranchangan pemulehan sa-mula ini ada-lah di-jangka akan memakan belanja sa-banyak $2,000,000. Kerajaan Negeri berpendapat bahawa Kerajaan Persekutuan yang sa-patut-nya menchari wang itu, ia-itu boleh jadi kerana kampong itu telah di-pindahkan atas perentah2 mereka. Ada-lah tidak patut orang2 kampong itu di-biarkan de-ngan terharap-harap saperti sekarang ini. Kerajaan2 Negeri dan Persekutuan ke-dua2nya mempunyai tanggong jawab terhadap men-chabut akar umbi kampong tersebut. Orang2 kampong itu telah di-simpan dalam tahanan buat sementara, dan kemudian-nya di-bebaskan untok menchari kehidupan mereka sendiri. Banyak di-antara mereka itu tinggal dengan saudara mara mereka dan yang lain2nya pula sa-dapat2nya bertungkus lumus berjuang untok hidup. Ada-kah satu perbuatan yang betul mereka itu di-tegah daripada hendak kembali ka-rumah2 dan tanah di-mana mereka telah di-paksa meninggalkan-nya pada masa tujoh tahun yang lalu itu? Kampong2 “burok” yang lain2 telah di-buka sa-mula dengan segala ke-gembiraan; kenapa tidak boleh di-buka sa-mula kampong Jenderam dengan kurniaan yang berlimpah-limpah?” (Berita Harian, 26 April 1958, Page 4: "Kampong Jenderam").
1958-05-15: PADANG KERBAU JENDERAM PADI AREA https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/1715876
1958-08-04: THE RETURN OF INHABITANTS TO JENDERAM https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/127091
1958-11-16: Kepulangan Warga
A town which died seven years ago is coming back to life today. Its 1,500 people who had been forced to leave in disgrace for non-co-operation with the authorities in the Emergency are now slowly returning from all parts of the Federation with raised heads and new hope. The town is Jenderam in Selangor, about 30 miles from Kuala Lumpur. Once a notorious black spot, it was ordered in 1951 to be sealed under the Emergency Regulations for failing to supply information about terrorist activities in the area.
The return to Jenderam started about eight weeks ago when the Government lifted its ban on residence there.
But when the first 25 families of about 200 people came back to their town, they found emptiness everywhere.
The old mosque was there but the town's 400 houses had vanished. Of the Malay school opposite the mosque, only
cement posts remained. Jenderam's 1,000 acres of rubber smallholdings and 600 acres of padi land were a jungle
of lallang. Today, however, a few weeks after their return, 20 wooden houses have been put up along the main road; the mosque grounds are being cleared up; a coffeeshop and grocery has been opened and acres of lalang have been cleared. Money is needed to repair the mosque, build a new school, houses and cultivate the land,
and the Government has promised to help. So far only the Malays have returned — the Chinese section of the community has yet to come back. But by word of mouth, the message is being passed to former residents now scattered throughout the country: “We have come home. We hope you will come back too and help us rebuild our town.” During their exile they had eked a living here and there, all the while yearning to return to their own rich rubber and padi land. Now that their hope has been realised they have banded together for the hard work that must be done.
They are showing what co-operation and determination can achieve. Today Jenderam is humming with activity.
One of the first to return to Jenderam is Mohamed Yakim, 48. He said: “Our family has been here for many generations. When the authorities ordered us to leave we couldn't bear to be too far away - so we chose to
settle down in nearby Jenderam Hilir. “I'll never forget the day we moved out. It was a sad day as we left with our barang barang. I had to leave my 15 acres of kebun getah and three acres of padi land, from which I had
earned a good living. “In the new place we moved to, I had to go to work for people. All those years, we were longing to return to Jenderam. So when the Government said we could do so, I wasted no time in bringing my wife and five children back. “It was a bit of a shock to find our homes gone and our land overgrown with lallang. But we were not disheartened. We set to work and everybody did his share. We have already put up a house and my land is slowly becoming fit for cultivation.”
Abdul Rahim bin Dasar, 30, who was repairing the Jenderam town sign on the road, said : “My brother,
sister and I left Jenderam with the rest of the people. My sister and I went to Kuala Lumpur; my brother
to Singapore. We had to leave our 15 acres of rubber land and eight acres of padi field. “In Kuala Lumpur, I worked as a labourer but I was not happy. I wanted to come back here. So as soon as the Government lifted the ban on the town, my sister and I returned.” Rabeha binte Mat Pya, mother of six children who ran a coffeeshop and a grocery store in the old town, has already started a new shop. Raja Izam bin Raja Hussain, is not a former resident of Jenderam, but he came with the returnees as the town's new penghulu. “I have never seen a happier or more hard working people.” said Raja Izam. “They came back to desolation. Except for the old mosque, not a stick was left standing. Yet, within a few weeks, they have made Jenderam a semblance of a town. “I'm sure at the rate the people are rebuilding it, the new Jenderam will be an even better and more prosperous
town.””
(Sumber: The Straits Times, 16 November 1958, Page 10: "A ghost town comes to life").
(Sumber gambar-gambar: The Straits Times, 16 November 1958, Page 10: "BANNED FOR 7 YEARS BECAUSE OF SEALED LIPS, JENDERAM IS NOW BUSTLING WITH ACTIVITY"; The Straits Times, 16 November 1958, Page 10: "A new house coming up...").
“Tujoh tahun dahulu pekan ini ramai dan ma'amor. Tetapi dari sejak itu hihgga baharu2 dia di-tinggalkan tidak di-diami, kerena pendudok2-nya sa-ramai 1,500 orang telah di-pindahkan ka-merata2 cherok di-Tanah Melayu. Hari ini mereka itu dengan penoh insaf akan 'dosa2' mereka tidar bekerjasama dengan Kerajaan di-waktu Dharurat, masing2 pulang ka-tempat kediaman asal. Gembira-nya mereka! Ma'alom-lah 'sireh pulang ka-gagang.' Bandar ini ia-lah Jenderam di-Selangor, lebeh kurang 30 batu dari Kuala Lumpur. Pada satu ke-tika dahulu menjadi kawaSan yang merbahaya dan dalam tahun 1951 pendudok2-nya di-pindahkan keluar.
Penempatan sa-mula di-kampong Jenderam ini bermula lebeh kurang delapan minggu dahulu. Pada mum-nya waktu 25 keluarga yang mengandongi lebeh kurang 200 orang itu balek “ka-kampong” mereka dapati Jenderma[Jenderam] tidak saperti… Hanya bangunan masjid yang sa-kian lama terbiar itu sahaja mengalu2kan “selamat pulang” kapada mereka. 400 bangunan rumah kedai di-situ telah ranap tidak lagi ter-nyata di-mana-kah le-tak-nya bangunan2 itu
dahulu. Sekolah Melayu hanya meninggalkan lantai cement-nya sa-haja, yang lain-nya telah termusnah. Kalau dahulu 1,000 ekar kebun getah dan 600 ekar tanah sawah tumboh hijau dan subor, sekarang tanah2 itu di-liputi oleh pokok2 lalang, hidup ta' di-pedulikan siapa. Hari ini, ia-itu beberapa ming[g]u sa-lepas pendudok2 ini pulang telah kelihatan 20 buah rumah kayu berderet di-tepi jalan raya. Masjid Jenderam di-chuchi sa-mula, sa-buah kedai kopi dan kedai makan di-buka sa-mula dan beberapa ekar lalang di-tebas habis. Kerajaan sedang berusaha mendapatkan wang untok membantu pendudok2 di-situ memperbaiki masjid mereka, membena sekolah2 dan
rumah2 kediaman dan juga membuka sa-mula tanah2 yang terbiar. Pendudok2-nya pun ta' kurang giat mema'amorkan sa-mula bandar ini. Sa-takat ini hanya terdapat pendudok2 Melayu sahaja yang pulang ka-Jenderam, Pendudok2 dari bangsa lain belum lagi berbuat demikian. Tetapi berita bahawa bandar ini di-buka sa-mula sedang di-hebahkan. Kata mereka yang pulang, 'Kami sudah pulang: dan berharap kawan2 sakalian mengikut jejak langkah kami - pulang-lah mema'amorkan kampong kita.' Pendudok2 Jenderam sunggoh sibok sekarang. Bertimbun2 balak kelihatan di-tepi jalan, orang2 memasang dindang di-rumah mereka yang baharu di-dirikan, hutan lalang di-tebas untok menanam getah, padi dan lain2 makanan. Mereka bertekun peloh mengalir dengan tujuan yang satu, bergotong royong untok membuka tempat kediaman asal. Dengan semangat hendak maju mereka bekerja. Ikuti-lah perbualan beberapa orang pendudok2 di-situ dengan Pemberita Berita Harian. Tuan Mohammad Yakim, 48, ada-lah di-antara pendudok2 yang paling tua di-Kampong Jenderam menyatakan, “Keluarga kami telah tinggal di-sini sejak beberapa keturunan. Jadi
apabila kami di-suroh berpindah kami enggan berpindah jauh. Kami memileh Jenderam Hilir sa-bagai tempat kediaman baharu. “Saya ta' akan lupa pada hari pemindahan dahulu. Sunggoh walang hati kami waktu mengilek barang2 kami. Saya terpaksa meningg[a]lkan 15 ekar kebun getah dan tiga ekar tanah sawah yang sudah beberapa lama mengeluarkan hasil yang baik.
“Di-Jenderam Hilir saya terpaksa bekerja untok orang lain. Dan sejak keluar tempat hidup tidak bagitu gembira dan sentiasa berharap akan pulang ka-kampong. Apabila sahaja Kerajaan memberi tahu bahawa kami boleh pulang, dengan tidak lengah2 lagi saya bersiap. Saya pindah dari Jenderam Hilir dengan isteri dan lima orang anak
saya. “Manakala sampai di-kampong kami rumah kami dahulu telah di-musnahkan, tanah getah dan padi penoh dengan lalang. Tetapi ? tidak menghampakan harapan kami. Kami ? tekun dan pada hari ini rumah saya telah ? dan tanah2 siap untok di-tanam.” Abdul Rahim bin Dasar, 30, memberitahu ? waktu dia sibok membaiki papan2 nama di-bandar Jenderam itu, “Abang saya. kakak dan ? berpindah keluar bersama dengan pendudok2 yang lain. Kakak saya dan saya pergi ka-Kuala Lumpur dan abang saya ka-Singapura.
“Saya terpaksa meninggalkan tanah2 getah dan padi yang luas-nya 15 dan delapan ekar. Di Kuala Lumpur saya dapat kerja sa-bagai sa-orang buroh. Tetapi saya tidak suka dengan kerja ? Senantiasa saya berharap akan pulang ka-Jenderam. “Sa-tahu sahaja bahawa kami boleh pulang maka kakak saya dan saya terus pulang ka-Jenderam. Saya perchaya abang saya pun akan turut jejak saya.” Berpeluang juga ? berbual dengan ? bt Mat Pia, sa-orang tokeh kedia[kedai] barang2 dapor dan kadai ?. Beliau memberitahu saya “Waktu Jenderam di-tutup saya dan enam orang anak2 saya pindah ka-Gombak ? Kuala Lumpur. Saya bekerja di-sana, kalau tidak anak2 saya nanti mati kelaparan.
“Tetapi saya mempunyai harapan pada satu hari saya akan pulang ka-Jenderam membuka sa-buah kedai baharu. Sekarang ? sunggoh gembira kerana saya telah mempunyai sa-buah kedai di-sini.” Penghulu kampong Jenderam, Raja Izam Raja Hussain sempat juga memberi pendapatnya kapada saya, 'Sa-benar-nya saya bukan ? berasal dari Jenderam. Saya baharu sahaja di-hantar ka-sini menjadi penghulu di-daerah ini. Tetapi saya boleh juga mencheritakan pemindahan sa-mula pendudok2 kampong Jenderam. 'Pendudok2 ini pulang ka-sabuah kampung yang dapat di-bezakan dengan padang jarak padang terkukor - hanya yang tinggal ia-lah masjid. Ta' ada sa-batang tiang yang berdiri.” “Tetapi dalam masa yang sengkat sahaja mereka telah mendirikan rumah2 kediaman mereka dan sa-buah pekan sudah pun nampak ?
Ketabahan hati mereka hendak-lah di-? Dengan kerjasama antara mereka sama ? mereka telah membuka sa-buah pekan baharu. Mereka berharap mendapat bantuan wang dari pehak yang berkuasa. Bus dan bekalan elektrik belum ada lagi. Tentu mereka akan mendapat?nya. “Pada masa ini Jenderam maseh lagi sa-bagai satu achuan yang belum di-isi. Tetapi di-tilek ? chara pendudok2-nya bertekun mema'amorkan pekan ini, Jenderam pada tahun hadapan ?
ma'amor dan maju.”
(Sumber: Berita Harian, 18 November 1958, Page 4: "Pekan yg di-tutup sekarang ramai").
(Sumber gambar: Berita Harian, 18 November 1958, Page 4: "PEKAN YG BAHARU INI PENDUDOK2-NYA SIBOK BENAR").
1959: Jenderam pics (1959)
1. Jenderam family https://www.facebook.com/selangordarulehsan10/photos/sekilas-sejarah-selangorkelihatan-dalam-foto-ini-sebuah-keluarga-di-kampung-jend/2637733576510242/ ( Source: https://www.klik.com.my/item/image/8096416/amu00283 - 19 January 1959 )
2. Jenderam town Pekan ke arah Salak: https://www.klik.com.my/item/image/8096671/amu00291 Pekan ke arah Dangau: https://www.klik.com.my/item/image/8095219/amu00299 Papan tanda: https://www.klik.com.my/item/image/8096028/amu00285 https://www.klik.com.my/item/image/8095228/amu00300 Masjid:- https://www.klik.com.my/item/image/8096606/amu00286 https://www.klik.com.my/item/image/8094952/amu00287 https://www.klik.com.my/item/image/7319987/dk00233
3. Bangi https://www.klik.com.my/item/image/8099509/amu00204 (1 Ogos 1984)
