SAMBUNGAN DARI: Kampung Jenderam Hulu: Pemindahan dan Pemusnahan (1950-1955).
“Sekitar tahun 1958, Raja Mahmud bin Raja Alang (kerabat Sultan Selangor) telah berusaha dan memohon kepada Kerajaan British agar penduduk Kampung Jenderam Hulu yang diarah berpindah ke kem di Kluang dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Pada mulanya, permintaan beliau ditolak. Walau bagaimanapun, beliau tidak berputus asa dan meneruskan usaha dengan mengadakan perundingan demi perundingan bersama wakil Kerajaan British. Setelah kata sepakat dicapai, British membenarkan penduduk kampung untuk kembali ke rumah masing-masing dengan syarat mereka tidak dibenarkan tinggal di kawasan pedalaman. Oleh itu, “rumah tumpang” iaitu rumah sementara yang dibina sederet (seperti rumah kedai) digunakan bagi mereka yang mahu menetap di kampung ini kerana rumah-rumah yang lain telah dibakar.” (“Dipetik dan diubah suai daripada Mohd. Nor bin Mohd. Amin, 1977/1978, Jenderam Korban Dharurat 1948-1958, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Kuala Lumpur (tidak diterbitkan)”: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.39).
“Oleh kerana Sungai Jenderam ini telah diluruskan, kawasan ini sekarang tidak lagi terdedah kepada banjir. Penanaman padi yang banyak sekali ialah sebelum penduduk Kampung Jenderam Hulu ini dipindahkan dalam tahun 1951. Selepas mereka balik semula ke kampung ini, penanaman padi sudah berkurangan dan selepas tahun 1972, penanaman padi di kawasan ini telah dihentikan. Selain daripada getah dan padi, terdapat juga aktiviti campuran seperti membela binatang ternakan dan kebun buah-buahan.
…..
Apabila kampung ini dibuka semula selepas tahun 1958, hanya orang-orang Melayu sahaja yang dibenarkan balik. Setelah orang-orang Jenderam Hulu dibenarkan balik ke kampung mereka, Kerajaan telah melaksanakan projek pembangunan bagi kemajuan kampung ini. Antara projek yang telah dilaksanakan seperti Balai raya (1959), Pondok Telefon (1959), Sekolah Agama (1964), Klinik Kesihatan (1964) dan Rumah Kaum Ibu (1965). Sekolah Melayu Kampung Jenderam Hulu telah dibina semula dalam tahun 1959. Pada tahun 1958, kampung ini telah dibahagikan kepada empat (4) kawasan atau blok di bawah pengawasan Datuk Empat (Tok Empat) yang bertanggungjawab kepada Ketua Kampung. Blok 1
ialah kawasan kedai di bawah pengawasan Encik Bakar bin Jali, Blok 2 kawasan seberang di bawah Encik Osman bin Binu, Blok 3 Kampung Hilir di bawah Encik Yunus bin Pendek dan Blok 4 Kampung Hulu di bawah Encik Agus bin Singkat.”
(Sumber: “Dipetik dan diubah suai daripada Mohd. Nor bin Mohd. Amin, 1977/1978, Jenderam Korban Dharurat 1948-1958, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Kuala Lumpur (tidak diterbitkan)”: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.30-32).
“The people of Jenderam, 27 miles from here, who were evacuated under the Emergency Regulations in 1951, will send a deputation to the Chief Minister, Tengku Abdul Rahman, asking that they be allowed to return to the place. The decision was taken at a meeting at Gombak, four miles from here, today.” (The Straits Times, 22 July 1957, Page 4: | "'Let us return' appeal").
“Satu rayuan dari raayat Jenderam, “Kampong hantu” di-Selangor. 30 batu ka-selatan Kuala Lumpur. untok kebenaran kembali sa-mula ka-kampong-nya, dari mana mereka telah di-pindah-kan tahun dahulu, akan di-bawa ka-dalam meshuarat Majlis Meshuarat Gerakan2 Dharurat Persekutuan ta' berapa lama lagi. Satu jaminan bahawa rayuan tersebut akan mendapat “pertimbangan yang simpati” telah di-beri oleh Perdana Menteri, Tengku Abdul Rahman, apabila beliau menemui satu rombongan 14 orang se-malam.” (Berita Harian, 1 October 1957, Page 1: |"Tengku jumpa perwakilan Jenderam").
“Perdana Menteri, Tengku Abdul Rahman, ingin hendak membuka sa-mula dengan sa-berapa segera kampong Jenderam, yang dahulu-nya menjadi sa-buah kawasan yang bahaya di-Selatan Selangor.” (Berita Harian, 16 November 1957, Page 5: |"Jenderam akan di-buka samula").
“Tunku Has Called For Plans KUALA LUMPUR, Sat.— The Sclangor State Government plans to embark on a million dollar scheme to convert the Jenderam “ghost town” into a model satellite town. Prime Minister, Tunku Abdul Rahman has instructed the State Government to prepare…” (Sunday Standard, 19 January 1958, Page 3: |"$1 MIL REVIVAL PLAN FOR GHOST TOWN").
“For two years now the Selangor and Federation Governments have been talking of the return to life of the once notorious village of Jenderam, evacuated seven years ago under the Emergency Regulations. The authorities appear to have gone through all the motions of preparing Jenderam's rehabilitation. Its former inhabitants, mostly Malays, were assured that everything was being done to hasten their return. Last October the Prime Minister assured a delegation that he would send them back to their homes if the State War Executive Committee raised no objections. The S.W.E.C. had no objections. A few weeks later the Emergency Operations Council decided to allow the villages to go back. The Selangor Government announced that it was drawing up a plan to resettle them. In fact the rehabilitation of Jenderam was given 'top priority'. And then the Selangor State Secretary announced that all plans were delayed by 'unforeseen technical difficulties.' These difficulties appear to be not so much technical as financial. The rehabilitation scheme is expected to cost $2,000,000. The State Government believes the Federal Government should find the money, presumably because the village was evacuated on its instructions. It is not fair that the villagers should be kept in suspense like this. The Federal and State Governments both have a responsibility towards the uprooted people of Jenderam. They were kept in detention camps for a while, and then released to fend for themselves. Many are staying with relatives and others eke out a living somehow. Is it right that they should be prevented from returning to the homes and land they were forced to abandon seven years ago? Other 'bad' villages have been reopened with a fanfare: why not re-open Jenderam with a generous flourish?” (The Straits Times, 25 April 1958, Page 6: |"Village Of No Return").
“Sa-hingga sekarang telah dua tahun Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan membinchangkan tentang hendak menghidupkan kembali kampong Jenderam yang pada suatu masa dahulu sangat merbahaya dan terpaksa di-pindahkan pada masa tujoh tahun dahulu di-bawah Undang2 Dharurat. Pehak2 yang berkuasa nampak-nya telah me-mereksa semua shor2 berkenaan persediaan2 hendak membangunkan kembali kampong Jenderam itu. Bekas pendudok-nya, ke-banyakan-nya orang2 Melayu, telah di-beri jaminan ia-itu segala2nya sedang di-uruskan untok mem-perchepatkan agar mereka dapat kembali ka-kampong mereka itu. Pada bulan October yang lalu Perdana Menteri telah memberi jaminan kapada suatu perwakilan ia-itu dia akan mengirim atau menghantar mereka kembali ka-rumah masing2 jika Jawatan kuasa Perang Negeri tidak mendatangkan sa-barang bantahan. Jawatan kuasa Perang Negeri itu tidak ada sa-barang ban— tahan. Beberapa minggu kemudian-nya Majlis Gerakan Dharurat mengambil keputusan hendak membenar-kan orang2 kampong itu kembali ka-kampong mereka. Dan Kerajaan Selangor mengumumkan bahawa Kerajaan sedang membuat suatu ranchangan untok me-nempatkan mereka itu kembali. Sa-benar-nya pe-mulehan sa-mula kampong Jenderam itu telah di-beri “keutamaan yang istimewa.” Sa-telah itu pula Setiausaha Negeri Selangor mengumum-kan ia-itu semua ranchangan2 telah terlambat di-sebabkan “kesusahan2 teknikal yang tidak di-sangka2.” Kesusahan2 ini nampak- nya bukan-lah bagitu besar tentang teknikal sa-bagai-mana kesusahan kewangan. Ranchangan pemulehan sa-mula ini ada-lah di-jangka akan memakan belanja sa-banyak $2,000,000. Kerajaan Negeri berpendapat bahawa Kerajaan Persekutuan yang sa-patut-nya menchari wang itu, ia-itu boleh jadi kerana kampong itu telah di-pindahkan atas perentah2 mereka. Ada-lah tidak patut orang2 kampong itu di-biarkan de-ngan terharap-harap saperti sekarang ini. Kerajaan2 Negeri dan Persekutuan ke-dua2nya mempunyai tanggong jawab terhadap men-chabut akar umbi kampong tersebut. Orang2 kampong itu telah di-simpan dalam tahanan buat sementara, dan kemudian-nya di-bebaskan untok menchari kehidupan mereka sendiri. Banyak di-antara mereka itu tinggal dengan saudara mara mereka dan yang lain2nya pula sa-dapat2nya bertungkus lumus berjuang untok hidup. Ada-kah satu perbuatan yang betul mereka itu di-tegah daripada hendak kembali ka-rumah2 dan tanah di-mana mereka telah di-paksa meninggalkan-nya pada masa tujoh tahun yang lalu itu? Kampong2 “burok” yang lain2 telah di-buka sa-mula dengan segala ke-gembiraan; kenapa tidak boleh di-buka sa-mula kampong Jenderam dengan kurniaan yang berlimpah-limpah?” (Berita Harian, 26 April 1958, Page 4: |"Kampong Jenderam").
(Arkib Negara 1986/0006349W, 04/08/1958: |"THE RETURN OF INHABITANTS TO JENDERAM").
“The 'ghost village' of Jenderam in Ulu Langat - deserted for seven years - is to return to life officially in a month when the Selangor Government declares it a residential area. The state government is planning to rehabilitate it with a tarred road, wells and a drainage and irrigation scheme. The government's plan, it is understood, will cost about $1,000,000. Altogether about 400 Malay families are expected to return to the village. Jenderam was deserted in 1951 when the 1,500 people there were evacuated on suspicion of being Communist sympathisers.” (The Straits Times, 30 August 1958, Page 5: |"The 'ghost village' will return to life").
“A Selangor State Councillor, Raja Mohamed bin Raja Alang, has made 'a last plea' for the return of Jenderam's former residents to the village they were forced to abandon seven years ago. For nearly two years the authorities have been making up and unmaking their minds over Jenderam. This once notorious village was evacuated under the Emergency Regulations in 1951. In March 1956 the Selangor Government announced that the exiles might be allowed to return to their smallholdings, said to be among the richest in the State. A similar assurance was given in the Federal Legislative Council in May. But nothing happened until October whem the State Government summoned the energy to announce a million-dollar plan to re-open the village as soon as this was safe from the security point of view. But once more a curtain of silence descended until in October 1957 the Prime Minister told a delegation that they would be sent back to their homes if the State War Executive Committee had no objection. The S.W.E.C. had none. Then in March the Selangor State Secretary confessed that plans had been delayed because of 'unforeseen technical difficulties.' The technical difficulties turned out be financial. There was a difference of opinion between the State Government and the Federal Government as to who should pay - and how much. The State Government once again hopes to declare Jenderam a residential area in a month's time. This may be no more than another declaration of good intentions, but it is to be hoped that this time the promise will be kept. It is wrong that people who have been kept away from their land and property for over seven years should be teased in this fashion.” (The Straits Times, 2 September 1958, Page 6: |"Last Plea").
“A town which died seven years ago is coming back to life today. Its 1,500 people who had been forced to leave in disgrace for non-co-operation with the authorities in the Emergency are now slowly returning from all parts of the Federation with raised heads and new hope. The town is Jenderam in Selangor, about 30 miles from Kuala Lumpur. Once a notorious black spot, it was ordered in 1951 to be sealed under the Emergency Regulations for failing to supply information about terrorist activities in the area.
Empty town
The return to Jenderam started about eight weeks ago when the Government lifted its ban on residence there.
But when the first 25 families of about 200 people came back to their town, they found emptiness everywhere.
The old mosque was there but the town's 400 houses had vanished. Of the Malay school opposite the mosque, only
cement posts remained. Jenderam's 1,000 acres of rubber smallholdings and 600 acres of padi land were a jungle
of lallang. Today, however, a few weeks after their return, 20 wooden houses have been put up along the main road; the mosque grounds are being cleared up; a coffeeshop and grocery has been opened and acres of lalang have been cleared. Money is needed to repair the mosque, build a new school, houses and cultivate the land,
and the Government has promised to help. So far only the Malays have returned — the Chinese section of the community has yet to come back. But by word of mouth, the message is being passed to former residents now scattered throughout the country: “We have come home. We hope you will come back too and help us rebuild our town.” During their exile they had eked a living here and there, all the while yearning to return to their own rich rubber and padi land. Now that their hope has been realised they have banded together for the hard work that must be done.
Determination
They are showing what co-operation and determination can achieve. Today Jenderam is humming with activity.
One of the first to return to Jenderam is Mohamed Yakim, 48. He said: “Our family has been here for many generations. When the authorities ordered us to leave we couldn't bear to be too far away - so we chose to
settle down in nearby Jenderam Hilir. “I'll never forget the day we moved out. It was a sad day as we left with our barang barang. I had to leave my 15 acres of kebun getah and three acres of padi land, from which I had
earned a good living. “In the new place we moved to, I had to go to work for people. All those years, we were longing to return to Jenderam. So when the Government said we could do so, I wasted no time in bringing my wife and five children back. “It was a bit of a shock to find our homes gone and our land overgrown with lallang. But we were not disheartened. We set to work and everybody did his share. We have already put up a house and my land is slowly becoming fit for cultivation.”
Mother of six
Abdul Rahim bin Dasar, 30, who was repairing the Jenderam town sign on the road, said : “My brother,
sister and I left Jenderam with the rest of the people. My sister and I went to Kuala Lumpur; my brother
to Singapore. We had to leave our 15 acres of rubber land and eight acres of padi field. “In Kuala Lumpur, I worked as a labourer but I was not happy. I wanted to come back here. So as soon as the Government lifted the ban on the town, my sister and I returned.” Rabeha binte Mat Pya, mother of six children who ran a coffeeshop and a grocery store in the old town, has already started a new shop. Raja Izam bin Raja Hussain, is not a former resident of Jenderam, but he came with the returnees as the town's new penghulu. “I have never seen a happier or more hard working people.” said Raja Izam. “They came back to desolation. Except for the old mosque, not a stick was left standing. Yet, within a few weeks, they have made Jenderam a semblance of a town. “I'm sure at the rate the people are rebuilding it, the new Jenderam will be an even better and more prosperous
town.””
(Sumber: The Straits Times, 16 November 1958, Page 10: |"A ghost town comes to life").

Atas: “When the exiled inhabitants of Jenderam returned to the deserted town all their houses had vanished. Only the mosque (left) was still standing. They lost no time in clearing the land and putting up new houses (right).”
(The Straits Times, 16 November 1958, Page 10: |"BANNED FOR 7 YEARS BECAUSE OF SEALED LIPS, JENDERAM IS NOW BUSTLING WITH ACTIVITY").
Bawah: Gambar-gambar yang lebih jelas (Kiri: NSTP, 7 November 1958: |"AMU00286"; Kanan: NSTP, 7 November 1958: |"AMU00288").



Kiri: “One of the returned inhabitants fixes a misspelt traffic sign.” (The Straits Times, 16 November 1958, Page 10: |"A ghost town comes to life"; Gambar yang lebih jelas: NSTP, 7 November 1958: |"AMU00285").
Kanan: “Jenderam inhabitants on their way to put up a new house in the town.”
(The Straits Times, 16 November 1958, Page 10: |"A new house coming up..."; Gambar yang lebih jelas: NSTP, 7 November 1958: |"AMU00284").
“Tujoh tahun dahulu pekan ini ramai dan ma'amor. Tetapi dari sejak itu hihgga baharu2 dia di-tinggalkan tidak di-diami, kerena pendudok2-nya sa-ramai 1,500 orang telah di-pindahkan ka-merata2 cherok di-Tanah Melayu. Hari ini mereka itu dengan penoh insaf akan 'dosa2' mereka tidar bekerjasama dengan Kerajaan di-waktu Dharurat, masing2 pulang ka-tempat kediaman asal. Gembira-nya mereka! Ma'alom-lah 'sireh pulang ka-gagang.' Bandar ini ia-lah Jenderam di-Selangor, lebeh kurang 30 batu dari Kuala Lumpur. Pada satu ke-tika dahulu menjadi kawaSan yang merbahaya dan dalam tahun 1951 pendudok2-nya di-pindahkan keluar.
Bangunan-2nya habis ranap
Penempatan sa-mula di-kampong Jenderam ini bermula lebeh kurang delapan minggu dahulu. Pada mum-nya waktu 25 keluarga yang mengandongi lebeh kurang 200 orang itu balek “ka-kampong” mereka dapati Jenderma[Jenderam] tidak saperti… Hanya bangunan masjid yang sa-kian lama terbiar itu sahaja mengalu2kan “selamat pulang” kapada mereka. 400 bangunan rumah kedai di-situ telah ranap tidak lagi ter-nyata di-mana-kah le-tak-nya bangunan2 itu
dahulu. Sekolah Melayu hanya meninggalkan lantai cement-nya sa-haja, yang lain-nya telah termusnah. Kalau dahulu 1,000 ekar kebun getah dan 600 ekar tanah sawah tumboh hijau dan subor, sekarang tanah2 itu di-liputi oleh pokok2 lalang, hidup ta' di-pedulikan siapa. Hari ini, ia-itu beberapa ming[g]u sa-lepas pendudok2 ini pulang telah kelihatan 20 buah rumah kayu berderet di-tepi jalan raya. Masjid Jenderam di-chuchi sa-mula, sa-buah kedai kopi dan kedai makan di-buka sa-mula dan beberapa ekar lalang di-tebas habis. Kerajaan sedang berusaha mendapatkan wang untok membantu pendudok2 di-situ memperbaiki masjid mereka, membena sekolah2 dan
rumah2 kediaman dan juga membuka sa-mula tanah2 yang terbiar. Pendudok2-nya pun ta' kurang giat mema'amorkan sa-mula bandar ini. Sa-takat ini hanya terdapat pendudok2 Melayu sahaja yang pulang ka-Jenderam, Pendudok2 dari bangsa lain belum lagi berbuat demikian. Tetapi berita bahawa bandar ini di-buka sa-mula sedang di-hebahkan. Kata mereka yang pulang, 'Kami sudah pulang: dan berharap kawan2 sakalian mengikut jejak langkah kami - pulang-lah mema'amorkan kampong kita.' Pendudok2 Jenderam sunggoh sibok sekarang. Bertimbun2 balak kelihatan di-tepi jalan, orang2 memasang dindang di-rumah mereka yang baharu di-dirikan, hutan lalang di-tebas untok menanam getah, padi dan lain2 makanan. Mereka bertekun peloh mengalir dengan tujuan yang satu, bergotong royong untok membuka tempat kediaman asal. Dengan semangat hendak maju mereka bekerja. Ikuti-lah perbualan beberapa orang pendudok2 di-situ dengan Pemberita Berita Harian. Tuan Mohammad Yakim, 48, ada-lah di-antara pendudok2 yang paling tua di-Kampong Jenderam menyatakan, “Keluarga kami telah tinggal di-sini sejak beberapa keturunan. Jadi
apabila kami di-suroh berpindah kami enggan berpindah jauh. Kami memileh Jenderam Hilir sa-bagai tempat kediaman baharu. “Saya ta' akan lupa pada hari pemindahan dahulu. Sunggoh walang hati kami waktu mengilek barang2 kami. Saya terpaksa meningg[a]lkan 15 ekar kebun getah dan tiga ekar tanah sawah yang sudah beberapa lama mengeluarkan hasil yang baik.
Harap pulang ka-kampong
“Di-Jenderam Hilir saya terpaksa bekerja untok orang lain. Dan sejak keluar tempat hidup tidak bagitu gembira dan sentiasa berharap akan pulang ka-kampong. Apabila sahaja Kerajaan memberi tahu bahawa kami boleh pulang, dengan tidak lengah2 lagi saya bersiap. Saya pindah dari Jenderam Hilir dengan isteri dan lima orang anak
saya. “Manakala sampai di-kampong kami rumah kami dahulu telah di-musnahkan, tanah getah dan padi penoh dengan lalang. Tetapi ? tidak menghampakan harapan kami. Kami ? tekun dan pada hari ini rumah saya telah ? dan tanah2 siap untok di-tanam.” Abdul Rahim bin Dasar, 30, memberitahu ? waktu dia sibok membaiki papan2 nama di-bandar Jenderam itu, “Abang saya. kakak dan ? berpindah keluar bersama dengan pendudok2 yang lain. Kakak saya dan saya pergi ka-Kuala Lumpur dan abang saya ka-Singapura.
Mendidikan sa-buah pekan
“Saya terpaksa meninggalkan tanah2 getah dan padi yang luas-nya 15 dan delapan ekar. Di Kuala Lumpur saya dapat kerja sa-bagai sa-orang buroh. Tetapi saya tidak suka dengan kerja ? Senantiasa saya berharap akan pulang ka-Jenderam. “Sa-tahu sahaja bahawa kami boleh pulang maka kakak saya dan saya terus pulang ka-Jenderam. Saya perchaya abang saya pun akan turut jejak saya.” Berpeluang juga ? berbual dengan ? bt Mat Pia, sa-orang tokeh kedia[kedai] barang2 dapor dan kadai ?. Beliau memberitahu saya “Waktu Jenderam di-tutup saya dan enam orang anak2 saya pindah ka-Gombak ? Kuala Lumpur. Saya bekerja di-sana, kalau tidak anak2 saya nanti mati kelaparan.
“Tetapi saya mempunyai harapan pada satu hari saya akan pulang ka-Jenderam membuka sa-buah kedai baharu. Sekarang ? sunggoh gembira kerana saya telah mempunyai sa-buah kedai di-sini.” Penghulu kampong Jenderam, Raja Izam Raja Hussain sempat juga memberi pendapatnya kapada saya, 'Sa-benar-nya saya bukan ? berasal dari Jenderam. Saya baharu sahaja di-hantar ka-sini menjadi penghulu di-daerah ini. Tetapi saya boleh juga mencheritakan pemindahan sa-mula pendudok2 kampong Jenderam. 'Pendudok2 ini pulang ka-sabuah kampung yang dapat di-bezakan dengan padang jarak padang terkukor - hanya yang tinggal ia-lah masjid. Ta' ada sa-batang tiang yang berdiri.” “Tetapi dalam masa yang sengkat sahaja mereka telah mendirikan rumah2 kediaman mereka dan sa-buah pekan sudah pun nampak ?
Achuan yang belum di-isi
Ketabahan hati mereka hendak-lah di-? Dengan kerjasama antara mereka sama ? mereka telah membuka sa-buah pekan baharu. Mereka berharap mendapat bantuan wang dari pehak yang berkuasa. Bus dan bekalan elektrik belum ada lagi. Tentu mereka akan mendapat?nya. “Pada masa ini Jenderam maseh lagi sa-bagai satu achuan yang belum di-isi. Tetapi di-tilek ? chara pendudok2-nya bertekun mema'amorkan pekan ini, Jenderam pada tahun hadapan ?
ma'amor dan maju.”

Kiri: “Pemandangan pekan Jenderam yang baharu. Bangunan2 ini ia-lah di-antara yang baharu di-dirikan sejak pendudok lima minggu dahulu.”
Kanan: Gambar lebih jelas (NSTP, 7 November 1958: |"AMU00282").
(Sumber: Berita Harian, 18 November 1958, Page 4: |"Pekan yg di-tutup sekarang ramai").


Bawah: Gambar-gambar yang lebih jelas:-
Kiri: “Gambar Masjid Jenderam, ia-itu bangunan yang tunggal tinggal sejak pekan ini di-tutup.” (NSTP, 7 November 1958: |"AMU00286").
Tengah: “Rabeha bte Mat Pya Kelihatan menerima pelanggan2-nya di-kedai-nya yang baharu di-buka itu.” (NSTP, 7 November 1958: |"AMU00281").
Kanan: “Pendudok2 Jenderam sibok memperbaiki papan2 nama jalan.” (NSTP, 7 November 1958: |"AMU00285").
Atas: Keratan akhbar asal (Berita Harian, 18 November 1958, Page 4: |"PEKAN YG BAHARU INI PENDUDOK2-NYA SIBOK BENAR").
“Jenderam, (sa-bu?)ah kampong Me(layu?) di-negeri Sela(ngor?) yang sa-lama de(lapan?) tahun merupa(kan?) 'kampong tinggal' (kera?)na tidak ada pen(dudu?)k2, hari ini ada(lah?) kampong yang (gem?)bira. (Seb?)ab-nya: Tiap2 satu (?) 420 keluarga kam(pong?) tersebut akan me(nerim?)a sa-banyak $250 (darip?)ada Lembaga Lot(eri?) Kebajikan Mashara(kat?). (Jen?)deram dahulu telah di-? kerana pendudok2-nya ? bekerjasama dengan (keraj?)aan dalam usaha2 menamatkan dharurat. Kerajaan Persekutuan sa-malam telah mengumumkan bahawa Lembaga tersebut telah meluluskan pemberian wang sa-banyak $105,000 untok menolong orang2 kampong itu. Ini ada-lah berikutan dengan satu permintaan dari Perdana Menteri, Tengku Abdul Rahman sendiri ka-pada Lembaga itu supaya memberi wang sa-banyak $250 kapada sa-tiap keluarga. Sa-takat ini, hanya 65 keluarga sahaja yang telah kembali ka-kampong itu yang di-buka sa-mula empat bulan lepas.
Wang perlu
Keluarga2 yang lain, yang berselerak di-seluroh Malaya, sedang di-minta kembali ka-kampong mereka. Pada masa ini, ada sa-banyak 22 buah kedai2 yang di-buat daripada papan dan be-berapa buah rumah atap di-pinggir jalan raya kampong itu dan kebun2 kechil getah sa-luas 1,000 ekar dan sawah padi sa-luas 60 ekar sedang di-kerjakan sa-mula dengan pendudok2-nya menebas lalang dan rumput. Anggota2 Jawatankuasa Kemajuan Kampong itu yang di-temui hari ini, menyatakan kapada Berita Harian bahawa wang ada-lah di-perlukan untok melaksanakan ranchangan kemajuan kampong itu, ia-itu mendirikan sa-buah sekolah baharu, membaiki masjid dan membuka tanah. Menurut mereka, sawah padi tidak boleh di-tanam kerana bekalan ayer kurang sa-kali. Satu ranchangan tali ayer sangat2 di-perlukan.
Pencharian
Pada masa ini, mata pencharian orang2 kampong itu ada-lah dengan menureh getah sahaja. Setiausaha Kemajuan Kampong, sa-orang pemuda, Inche Abdul Rahman bin Dasar berkata: 'Kami akan memerlukan segala bantuan yang di-berikan oleh kerajaan.' 'Mata pencharian kami sekarang hanya dengan menoreh getah sahaja, tetapi ini tidak-lah boleh di-teruskan hingga bertahun2 kerana pokok2 getah itu banyak yang telah tua. Kami telah meminta bantuan wang untok menanam sa-mula, tetapi kami telah di-beritahu bahawa kami mesti-lah menebas dahulu lalang sa-belum dapat bantuan tersebut. 'Itu tidak-lah boleh kami lakukan kerana kami akan memerlukan bantuan untok menebas lalang itu.'
Sa-orang ketua kampong, Tuan Haji Abdullah bin Hussein telah merayu kapada kerajaan supaya menolong pendudok2 kampong itu kerana mereka sudah serik di-hukum. Kata-nya: 'Kami telah menderita sa-kali dan sekarang kami mahu bantuan tegas dari kerajaan.' Menteri Besar Selangor, Inche Abdul Jamil bin Abdul Rais telah melawat kampong itu sa-malam. Orang2 Kampong telah keluar beramai2 dan berkumpol di-mesjid untok mendengat nasehat-nya. Inche Jamil telah memberitahu mereka bahawa Kerajaan Selangor telah menguntokkan wang sa-banyak $70,000 untok kemajuan Kampong Jenderam.”

Kiri: “Tuan Abd. Rahman Dasar”
Kanan: “Tuan Haji Abdullah”

Kiri: “Jenderam dahulu merupakan 'Kampong Hantu' tetapi kini ia telah puleh saperti sediakala. Gambar ini menunjokkan sa-kumpulan orang2 kampong berbual di-kedai kopi yang dahulu menjadi tempat bermeshuarat.”
Kanan: Gambar lebih jelas (NSTP, 1 January 1959: |"AMU00278").
(Sumber: Abdullah Ahmad @ Berita Harian, 19 Januari 1959: |"DAHULU 'KAMPONG TINGGAL' TAPI SEKARANG KEMBALI MERIAH").

Kiri: Berbasikal di hadapan masjid Jenderam (NSTP, -: |"AMU00287").
Kanan: Masjid Jenderam (NSTP, 12 September 1958: |"DK00233").


Kiri: Pembinaan rumah (NSTP, 12 September 1958: |"AMU00300").
Tengah: Anak kecil (NSTP, 12 September 1958: |"AMU00279").
Kanan: Anak-anak bermain basikal (NSTP, 1 January 1959: |"AMU00280").

Gambar pembersihan Masjid Jenderam oleh warga yang baru pulang, sebagaimana yang tersiar dalam laporan-laporan akhbar 16-18 November 1958 (Gambar NSTP: 7 November 1958) di atas (Faizal Zainal @ Facebook Selangor 10, 20 Julai 2020: "Catatan Subuh Hari : Faham Kaum Muda Jenderam").
Kiri: (NSTP, 7 November 1958: |"AMU00289").

Kiri: Sumber gambar asal (NSTP, 19 Januari 1959: |"AMU00283").
Kanan: Gambar diwarnakan semula: “Kelihatan dalam foto ini sebuah keluarga di kampung Jenderam nampak gembira setelah mendapat kebebasan dan di hantar pulang semula ke kampung halaman mereka, setelah seramai 1,500 penduduk kampung ini telah di asingkan sejak 15 feb.1951 ke kem tahanan di Kluang Johor. Mereka telah dikumpulkan di Balai Polis Bangi dan kemudian di hantar ke Stesen Keretapi Kajang untuk menaiki gebarak khas dan dihantar ke kem tahanan tersebut. Permindahan dan pengasingan ini dilakukan akibat daripada pergerakan dan perbuatan penduduk kampung ini yang memberi pertolongan, perlindungan dan kerjasama kepada pihak Komunis. Malah kampung ini juga telah dijadikan markas utama komunis di kawasan sempadan Selangor - N.Sembilan dalam usaha menyebarkan propaganda komunis di kalangan orang Melayu kerana sememangnya Jenderam ini terkenal sebagai kubu kuat pergerakan kiri Melayu seperti KMM, PKMM, API, AWAS, Barisan Tani di dalam daerah Hulu Langat sejak 1937 lagi. Foto 1959 (diedit & diwarnakan semula) - Fz” (Faizal Zainal @ Facebook Selangor 10, 10 Mei 2020: "Sekilas Sejarah Selangor").

Kiri: Pekan Jenderam, Jalan Bangi-Sepang (menghala ke Sepang) (NSTP, 1 May 1960: |"AMU00291").
Kanan: Pekan Jenderam, Jalan Bangi-Sepang (menghala ke Bangi) (NSTP, -: |"AMU00299").
“Residents of Jenderam, The Selangor 'ghost town' which has just been reoponed, were all smiles yesterday when they learned that 420 families there will each receive a grant of $250. The Federation Government announced that the Social Welfare Services Lotteries Board had approved a $105,000 grant to help the people re-established themselves. Jenderam was closed by the Government eight years ago because the people there failed to co-operate in fighting the Emergency. Only 65 families have returned to the village, which was reopened four months ago. The others, who are scattered all over the Federation, are being asked to go back. The Mentri Besar of Selangor, Inche Abdul Jamil bin Abdul Rais, visited the village yesterday. A large crowd gathered at the mosque to listen to him was told that the State Government had set aside $70,000 for the development of Jenderam.
There are 22 wooden shophouses and several huts along the main road at Jenderam. Its 1,000 acres of rubber smallholdings and 600 acres of rice fields are being cleared of lallang and grass. Members of the kampong's development committee told the Straits Times today that money was urgently needed to build a new school, repair the mosque and cultivate the land. The rice fields, they said, could not be planted with padi because of an acute lack of water. An irrigation system was badly needed. At present the people's only means of livelihood was rubber tapping. The secretary of the development committee, Inche Abdul Rahman bin Dasar said: 'We shall need all the help the Government can give us. 'Our only means of earning a living is by tapping, but this cannot go on for long because most of the trees are very old.'”
(Sumber: The Straits Budget, 28 January 1959, Page 6: |"Windfall for villagers").
“Sa-orang Jawa bernama Koret 46 tahun, telah mati semalam di-langgar oleh sa-buah lori di-Kampong Baharu Jenderam, 14 batu dari sini.” (Berita Harian, 8 July 1959, Page 5: |"Mati nahas").
“Tuan Abu Bakar bin Baginda, Menteri Besar Selangor, telah merasmikan pembukaan chawangan UMNO Kampong Jenderam di-sini kelmarin.” (Berita Harian, 30 July 1959, Page 5: |"Chabang UMNO").

Peta sekitar Kg. Jenderam (ditandakan merah). Kelihatan Kg. Jalan Bahru (ditandakan ungu, mungkin merujuk kepada Jalan Bangi-Telok Datok yang siap dibina 8-9 tahun selepas Kg. Jenderam diasaskan), dan Kg. Jenderam Hilir (ditandakan biru tua) di sebelah utara. Ada pendapat mengatakan Kg. Bahru mendahului Kg. Jenderam Hilir, dan ada juga pendapat sebaliknya (Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.22-23).
Kiri: Berdasarkan peta tahun 1962-1963 (Director of National Mapping, Malaysia, 1962: |"Malaysia, Selangor, Kuala Lumpur, Series: L7010, Sheet 94, 1962, 1:63 360"; Director of National Mapping, Malaysia, 1963 @ Australian National University: |"Malaysia, Negri Sembilan, Selangor, Sepang, Series: L7010, Sheet 102, 1963, 1:63 360").
Kanan: Berdasarkan peta 2025. Kg. Jenderam kini dikenali sebagai “Jenderam Hulu”. Kedua-dua Kg. Jalan Bahru dan Kg. Jenderam Hilir adalah sebahagian daripada “Jenderam Hilir” kini (Mapcarta).
BERSAMBUNG: Kemajuan dan Pembangunan (1960-Kini).