“Jenderam Hulu Kampung mempunyai kawasan seluas 12 batu persegi yang mempunyai rupa bumi tanah pamah dan bukit
bukau. Di sebelah timur kampung ini diliputi oleh Hutan Simpan Bukit Tunggul (Unggul). Di sebelah barat lautnya pula adalah Kampung Jenderam Hilir. Di bahagian selatan kampung ini merupakan Ladang Getah Ninkram. Sempadan sebelah utaranya pula ialah Kampung Sungai Buah. Kedudukan kampung ini ialah di Batu 27 1/2 menghala ke jalan raya ke Kampung Salak, 14 batu dari Kajang dan lebih kurang 3 batu dari persimpangan Jenderam Hilir ke Dengkil dan Jenderam Hilir ke Salak.
Kampung ini mempunyai kawasan tanah pamah yang luasnya lebih kurang 500 ekar dan di tengah-tengah kawasan ini mengalir Sungai Jenderam yang mengalir ke barat laut dan bercantum dengan sungai Langat. Selain daripada tanah pamah, terdapat juga bukit bukau di sekitar kawasan sebelah timur. Bukit yang tinggi sekali ialah Bukit Tunggul yang tingginya 915 kaki dari paras muka laut.”

Kiri: “Papan tanda kampung di Kampung Jenderam Hulu.” (2007)
Kanan: “Deretan rumah dan kedai yang dibina di tepi jalan raya di Kampung Jenderam Hulu.” (2007)
(Sumber: “Dipetik dan diubah suai daripada Mohd. Nor bin Mohd. Amin, 1977/1978, Jenderam Korban Dharurat 1948-1958, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Kuala Lumpur (tidak diterbitkan)”: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.28-29).
“Sejak tamatnya Perang Saudara di Selangor dalam tahun 1874, keadaan negeri ini telah pulih semula. Penduduk-penduduk yang lari ke kawasan persisiran dalam masa Perang Saudara dahulu telah kembali semula ke kawasan pedalaman setelah keadaan menjadi aman. Dalam masa inilah banyak kampung-kampung baru dibuka seperti Ulu (Hulu) Langat, Beranang, Ulu (Hulu) Selangor dan Jenderam oleh orang-orang berketurunan Sumatera.
Didapati bahawa kawasan pedalaman Negeri Selangor banyak dibuka dan diterokai oleh orang-orang dari keturunan Sumatera. Ini kerana kawasan persisiran dari Kuala Selangor sampai ke Jeram sudah diduduki oleh orang-orang Bugis yang membuka negeri ini dahulu. Dari Jeram ke Sungai Pelek, Sepang sudah didiami oleh orang-orang Jawa. Oleh sebab itu, orang-orang Sumatera iaitu orang-orang Minangkabau, Rawa dan Mandiling terpaksa mencari daerah pedalaman, seperti di lereng-lereng bukit. Ini kerana daerah-daerah di persisiran tidak ada kawasan kosong lagi.
Keduanya, orang Minangkabau ini berasal dari negeri asal mereka yang merupakan daerah pergunungan, lereng-lereng bukit dan tanah pamah pinggir sungai. Mereka ini didapati lebih senang dan selesa dengan keadaan yang berbukit-bukit. Oleh itu tidak hairanlah jika terdapat orang-orang Minangkabau membuka Hulu Langat, Beranang dan Jenderam. Manakala orang Mandiling dan Rawa membuka Kuala Kubu, Kalumpang, Kerling dan Ulu Yam.
Masyarakat Minangkabau ini adalah berpusat kepada pertalian suku dan pertalian keluarga. Biasanya seorang ketua suku yang membuka penempatan baru tidak akan mengambil peneroka-peneroka dari masyarakat tempatan, tetapi lebih suka mengambil orang-orang dari tanah asal keturunannya, dan membina satu masyarakat yang mempunyai hubungan suku dan hubungan darah, berbeza daripada masyarakat tempatan yang berhampiran. Perpaduan mereka itu begitu kuat oleh
kerana mereka berpegang kepada tradisi adat, mamak, kemanakan dan sebagainya. Oleh kerana itulah Penghulu Naim bin Nak yang berasal dari Minangkabau lebih suka mengambil orang-orang keturunan Minangkabau juga, untuk membuka Kampung Jenderam. Itulah sebabnya beliau membawa 16 orang peneroka dari Beranang keturunan Minangkabau untuk membuka kampung ini yang terdiri daripada Datuk Dagang Mondok, Kari Jaafar, Ibrahim, Misad, Imam Yassin, Sutan
Kimbun, Si Udau, Bansat, Sutan Durani, Baginda Basar (Sidek), Baginda Sati, Kumpa, Lamid, Moning, Haji Dusun dan Adam.
Sebelum ini telah ada peneroka lain yang hendak membuka kampung ini, tetapi tidak berjaya. Yang menghalang mereka menjalankan penerokaan ini ialah kerana kawasan ini terdapat banyak gajah dan harimau. Mereka tidak tahan tinggal di sini kerana telah beberapa kali pondok-pondok dan tanaman mereka dirosakkan oleh gajah-gajah ini. Sekurang-kurangnya dua kali dalam sebulan gajah ini datang membuat kerosakan ke atas tanaman dan pondok-pondok mereka.
Lebih menghampakan mereka ialah bencana banjir yang selalu berlaku. Akhirnya peneroka awal ini telah meninggalkan tempat ini dan balik ke kampung asal mereka.”
(Sumber: “Dipetik dan diubah suai daripada Mohd. Nor bin Mohd. Amin, 1977/1978, Jenderam Korban Dharurat 1948-1958, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Kuala Lumpur (tidak diterbitkan)”: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.33-34).
“Inilah sekira-kira permintaan tanah Sungai Jendaram di dalam mukim Langat dan ? nama orang2 yang tersebut di bawah”
| Nombor | Nama Orang2 | Banyak Ekar (Daratan) | Banyak Ekar (Paya) |
|---|---|---|---|
| 1 | Achik Labu(?) | 3 | 4 |
| 2 | Bilal Talib | 3 | 4 |
| 3 | Sulung | 3 | 4 |
| 4 | Imam Perang Yut | 3 | 4 |
| 5 | Bilal Kawa | 2 | 3 |
| 6 | Mahmut | 2 | 3 |
| 7 | Mat Nuh | 2 | 3 |
| 8 | Jaafar | 2 | 3 |
| 9 | Tipuk | 2 | 3 |
| 10 | Nujum | 2 | 3 |
| 11 | Cik Adam | 2 | 3 |
| 12 | Rantau | 2 | 3 |
| 13 | Bati | 2 | 3 |
| 14 | Mahat | 2 | 3 |
| 15 | Talib | 2 | 3 |
| 16 | Ma' Yasin | 2 | 3 |
| 17 | Malim Muda | 2 | 3 |
| 18 | Bakar | 2 | 3 |
| 19 | Omar | 2 | 3 |
| 20 | Rahim | 2 | 3 |
| 21 | Ma' Min | 2 | 3 |
| 46 | 67 |
“Jumlah semua = 113”
“District Office K. Langat, Dated 9 October 1897.
Sir,
I have the honour to forward herewith 21 applications for sawah and kampong land at Sungei Jenderam aggregating 113 acres.
2. The applicants ask that they be allowed the land free of quit rent for three years and also that they be allowed the privilege of working jungle produce on their land (rattans gutta etc) free of charge.
3. The land is situated at the 14th mile from Sepang on the Reko road and is about equi-distant from Sepang and Kajang. I have visited the spot and recommend that the land be granted free of quit rent for three years as has been allowed at Labuh and Kinchang in the same neighborhood; but do not recommend that the applicants be allowed to work jungle produce free.
4. It will be necessary to decide whether Sungei Jenderam is in the K. Langat or Ulu Langat district and I am therefore writing in separately on this subject.
I have the honor to be,
Sir,
Your obedient servant
?
a.g. District Officer
Kuala Langat”
“D.O.
No enclosures received. Is it grants that are applied for? ?
S. to. ?.
The land is applied for as customary holdings. I have seen Sergt. Laba who says that the applicants only wish for the right to sell such jungle produce as they find on the blocks of land which they have applied for & which they will have to clear. I enclose the applications. The questions on which I would ask for instructions are
1. Whether the land is in Kuala Langat or Ulu Langat
2. Whether the Govt. is prepared to grant the land on the forms asked for.
?. 24.10.
Ag Resident.
The applicants apparently ask for land from which they may, without paying any quit rent, clear off and sell all jungle produce. There is nothing to assume that they will, or soon intend, to cultivate or improve the land at all. I see no reason why such a prpopsal shd. be entertained for a moment.
? 20.10
Certainly not. The D.O. must understand that the time has gone by when lands are given free of quit rent.
2. If these people want the land and the D.O. finds that it is available, he can give it out to them on receipt of their demarcation fees and the rent for the first year, but he must not let people occupy land until they have paid that.
HCB.[Henry Conway Belfield] 1.11.97”
(Sumber: Arkib Negara 1957/0072721W, 09/10/1897: |"APPLICATION (21) FOR SAWAH AND KAMPUNG LAND AT SUNGAI JENDERAM").


Peta lokasi perkampungan Sungai Jenderam secara kasar (ditandakan dengan bulatan hijau), terletak di tengah-tengah di antara Sepang dan Kajang: “District Office K. Langat, Dated 9 October 1897 … The land is situated at the 14th mile from Sepang on the Reko road and is about equi-distant from Sepang and Kajang.” (Arkib Negara 1957/0072721W, 09/10/1897: |"APPLICATION (21) FOR SAWAH AND KAMPUNG LAND AT SUNGAI JENDERAM").
Kiri: Berdasarkan lakaran peta tahun 1896. Ketika itu Jalan Sepang-Rekoh-Kajang sahaja yang ada (ditandakan dengan garisan merah putus-putus) (Arkib Negara 1957/0062586W, 14/04/1896: |"KAJANG - REKO BRIDLE ROAD-AS TO COST OF CONVERTING IT INTO A CARTROAD -").
Tengah: Berdasarkan lakaran peta tahun 1904. Ketika itu Jalan Sepang-Rekoh-Kajang sahaja yang ada, dan masih melalui sebelah timur Bukit Tunggul (ditandakan dengan garisan merah) (Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").
Kanan: Peta lokasi Kampung Jenderam Hulu kini. Jalan Sepang-Rekoh-Kajang kini melalui sebelah barat Bukit Tunggul. Jalan Bangi-Tekok Datok hanya siap dibina sekitar tahun 1918 (Mapcarta).
“Kampung Jenderam dibuka kira-kira antara tahun 1909-1910 oleh Penghulu Naim bin Nak yang datang dari Kuala Langat bersama-sama Kenton, Orang Tua Sayat termasuk 16 orang Minangkabau yang datang dari Beranang. Menurut cerita, kampung ini dinamakan Jenderam adalah disebabkan daripada keadaan kampung ketika itu selalu ditenggelami oleh air bah. Airnya tidak mudah kering kerana kampung ini terletak di antara dua banjaran bukit iaitu Bukit Tunggul dan Bukit Birut (Berop) dan di tengah-tengahnya mengalir sebatang sungai yang mempunyai jeram. Daripada perkataan Jeram inilah terbitnya nama Jenderam.
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa asal usul nama Jenderam Hulu ini berpunca daripada kawasan bukit yang curam. Oleh kerana bukit ini curam maka penduduk kampung memanggilnya “Jeram”. Di tengah kawasan bukit tersebut terdapat satu laluan sungai mengalir. Sungai ini dinamakan Sungai Jenderam.”
Rumah lama di Kampung Jenderam Hulu (2007): “Bahagian atas rumah ini tidak boleh diduduki lagi dan usaha-usaha pemuliharaan segera rumah ini perlu dilakukan oleh pihak-pihak berkaitan.”
(Sumber: “Dipetik dan diubah suai daripada Mohd. Nor bin Mohd. Amin, 1977/1978, Jenderam Korban Dharurat 1948-1958, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Kuala Lumpur (tidak diterbitkan)”: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.32-33).
“Bagi Penghulu Naim, setelah beliau menerima surat kuasa daripada Sultan Sulaiman untuk membuka Kampung Jenderam, beliau terus pergi ke Beranang untuk membuat perundingan dengan orang-orang tua di situ dan mengajak mereka yang tidak mempunyai tanah membuka penempatan baru. Segala perbelanjaan ditanggung oleh Penghulu Naim. Baginda Sati telah diminta untuk mencari orang-orang yang mahu ikut serta dan telah berjaya mengumpulkan seramai 16 orang. Mereka ini semuanya tidak mempunyai tanah, hanya menumpang dengan sanak saudara mereka di Beranang.
Setelah mendapat orang-orang yang ingin turut serta meneroka tanah di Jenderam, Penghulu Naim pun balik ke Kuala Langat untuk membuat persediaan. Selepas itu beliau pergi semula ke Beranang dengan membawa bersama-samanya Kenton dan Orang Tua Sayat. Dari sana beliau membawa orang-orang Beranang ke Jenderam dengan berjalan kaki ke Bangi mengikut jalan raya dan kemudiannya terus ke Jenderam di samping membawa perkakas dan bekalan. Di kuala Sungai Jenderam telah ada perkampungan Orang Asli dan ketuanya bernama Batin Janang. Penghulu Naim berjumpa Batin Janang
dan meminta nasihat darinya mengenai mana kawasan yang baik untuk dibuat perkampungan. Batin Janang membawa mereka ke kawasan paya yang berhampiran dengan kampungnya. Menurut Batin Janang, luasnya kawasan paya ini lebih kurang 500 ekar dan di sekitarnya mempunyai kawasan tanah yang luas. Di tempat inilah Kampung Jenderam mula-mula dibuka.
Seterusnya, tiap-tiap seorang peneroka diberi 4 ekar tanah, iaitu 3 1/2 ekar tanah paya untuk bersawah dan 1/2 ekar tapak rumah. Apabila kawasan masing-masing telah ditentukan, mereka pun mula menebas dan kemudian menebang secara bergotong-royong. Pada mulanya, mereka semua menebas dan menebang di kawasan Penghulu Naim. Sebelum membuat pondok untuk tempat tinggal sementara, mereka menumpang di rumah Batin Janang dan juga di rumah Orang Asli yang lain. Selepas kawasan Penghulu Naim diterangkan, mereka membuat pondok kecil yang beratap daun Bertam dan berlantai kulit kayu. Pada permulaannya, hanya terdapat 4 atau 5 orang sahaja yang tinggal serumah sementara menunggu yang lain membuat rumah.
Seminggu sekali mereka balik ke Beranang dengan berjalan kaki dan kadang-kadang menaiki kereta lembu untuk mengambil barang-barang keperluan. Kerja-kerja menerangkan kawasan masing-masing telah selesai dalam tempoh enam bulan. Belum pun sempat kawasan itu diperun, padi telah mula ditaburkan di kawasan paya. Menjelang tahun 1910, rumah pondok telah didirikan di tanah masing-masing dan selepas itu barulah mereka membawa keluarga ke sini. Berita orang-orang Beranang membuka tanah di Jenderam, telah tersebar ke merata-rata tempat sehingga ke Lenggeng, Semenyih, Cheras dan Kajang.”
(Sumber: “Dipetik dan diubah suai daripada Mohd. Nor bin Mohd. Amin, 1977/1978, Jenderam Korban Dharurat 1948-1958, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Kuala Lumpur (tidak diterbitkan)”: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.34-36).
“Selepas tahun 1911, ramai orang-orang yang tidak mempunyai tanah datang ke Jenderam untuk meminta tanah dan berjumpa dengan Penghulu Naim. Pembahagian tanah telah dibuat oleh Penghulu Naim dan catitan mengenai butir-butir mereka yang telah diberi tanah dibuat oleh Haji Abdullah bin Hussin. Seperti biasa, tiap-tiap seorang diberi
4 ekar tanah kawasan paya untuk bersawah termasuk tapak rumah. Penghulu Naim telah membayarkan premium tanah untuk lebih kurang 50 orang, dan orang-orang yang datang kemudiannya terpaksa membayar premium tanah mereka sendiri. Pada masa itu sesiapa sahaja boleh membuka kawasan baru asalkan dibayar premiumnya.
Antara tahun 1910 dan 1916, lebih daripada 65 keluarga telah ada di sini dan orang-orang dari luar masih lagi datang untuk membuka tanah. Ada juga orang-orang dari Sumatera berketurunan Minangkabau terus datang ke Jenderam kerana saudara mara mereka telah sedia ada di sana. Lebih daripada 90 peratus penduduk Jenderam merupakan orang-
orang Sumatera berketurunan Minangkabau dari suku Pili, Jambak, Koto, Melayu dan Cheniaga (Chaniagor).
Apabila siapnya pembukaan kampung ini, penduduknya terus mendirikan sebuah surau yang dindingnya diperbuat daripada kulit kayu Meranti, lantai papan yang bertarah dengan parang dan atapnya daripada daun Bertam yang dianyam. Surau ini juga digunakan sebagai masjid selain menjalankan aktiviti dan pentadbiran masyarakat kampung. Penghulu
Naim kerika itu adalah sebagai Ketua Kampung, manakala imam ialah Kari Yassin dan bilal ialah ayah Penghulu Malim dan adiknya Mohd. Rashid. Ada dua buah kedai Melayu yang dipunyai oleh Kari Jaafar dan Baginda Basar.
Pekerjaan penduduk Jenderam pada masa itu bersawah padi, mengerjakan tanah, mencari hasil-hasil hutan dan mencari ikan di Sungai Jenderam. Pada masa pembukaan Ladang Getah pada tahun 1911 di Batu 30, tenaga pekerjanya diambil daripada kalangan penduduk kampung ini yang diketuai oleh Penghulu Naim untuk membuat pekerjaan menebas, menebang, membakar, memerun, merumput dan menanam pokok getah. Pada tahun 1916, penduduk kampung telah diberi kebenaran untuk
menanam getah di tanah masing-masing seluas 4 ekar seorang.”
(Sumber: “Dipetik dan diubah suai daripada Mohd. Nor bin Mohd. Amin, 1977/1978, Jenderam Korban Dharurat 1948-1958, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Kuala Lumpur (tidak diterbitkan)”: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.36-37).
MAKLUMAT LANJUT: Kampung Jenderam Hulu: 1910-an

Kiri: Peta sekitar petempatan awal Sungai Jenderam (1913) sebelum pewartaan rizab Melayu Jenderam, kini dikenali sebagai “Jenderam Hulu”. Ketika itu Jalan Sepang-Rekoh-Kajang sahaja yang ada, dan masih melalui sebelah timur Bukit Tunggul (Central Survey Office, Kuala Lumpur, Federated Malay States (F.M.S.) @ Survey Department, Singapore; 测量局; Singapore. Survey Department, 1913: |"Selangor, Federated Malay States 1913").
Kanan: Peta sekitar petempatan Sungai Jenderam (1918) setelah pewartaan rizab Melayu Jenderam. Jalan Sepang-Rekoh-Kajang kini melalui sebelah barat Bukit Tunggul. Kelihatan Jalan Bangi-Telok Datok telah siap dibina sekitar tahun itu (Central Survey Office, Kuala Lumpur, Surveyor-General's Office, Federated Malay States (F.M.S.) @ Survey Department, Singapore; 测量局; Singapore. Survey Department, 1918: |"Selangor, Federated Malay States 1918").

Kiri: Peta sekitar rizab Melayu Jenderam (1926). Kawasan rizab melayu ini telah diperluaskan ke seluruh hulu Sungai Jenderam di sebelah selatannya (Malaya Survey Department, 1926 @ University of Minnesota Libraries: |"Selangor : Federated Malay States 1926").
Kanan: Peta sekitar rizab Melayu Jenderam (1929) (Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: |"1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)").
MAKLUMAT LANJUT: Kampung Jenderam Hulu: 1920-an
MAKLUMAT LANJUT: Kampung Jenderam Hulu: 1930-an
“Sejak sebelum Perang Dunia Kedua, kawasan kampung ini kebanyakannya telah dijadikan tanah milikan, ditanam dengan pokok getah, padi dan buah-buahan. Luasnya kawasan milikan tiap-tiap satu keluarga lebih kurang 4 hingga 10 ekar. Pokok getah ditanam di kawasan tinggi dan di lereng-lereng bukit di sebelah timur. Manakala padi pula ditanam di kedua-dua belah kawasan Sungai Jenderam, iaitu kawasan tanah pamah di sebelah barat. Sungai Jenderam, salah sebuah ranting sungai Langat yang mengalir di tengah-tengah kawasan ini telah diluruskan dan tiga (3) buah empangan telah dibina untuk mengadakan sistem tali air yang teratur bagi memudahkan penanaman padi sawah di kawasan ini.” (“Dipetik dan diubah suai daripada Mohd. Nor bin Mohd. Amin, 1977/1978, Jenderam Korban Dharurat 1948-1958, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Kuala Lumpur (tidak diterbitkan)”: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.29).
“Rumah-rumah perkampungan di sini kebanyakannya didirikan di tanah milik sendiri. Pokok buah-buahan banyak ditanam di kawasan tepi rumah. Daripada persimpangan jalan Jenderam ke Dengkil, lebih kurang 3 batu di sebelah timur di lereng Bukit Tunggul, tanah-tanah di kawasan ini telah dijadikan kawasan tanah pinggir dan dimiliki oleh orang-orang kampung di sini. Tanah-ranah ini pada asalnya telah dibersihkan oleh setinggan-setinggan Cina sejak tahun 1947 lagi. Boleh dikatakan lebih daripada 80 peratus penduduk di kampung ini terdiri daripada orang-orang Melayu berketurunan Minangkabau, Sumatera. Selebihnya terdiri daripada orang Cina dan sedikit orang India. Kaum Cina yang tinggal di sini sebelum tahun 1951, menduduki tanah Kerajaan tanpa kelulusan. Mereka bertani dengan menanam sayur dan berternak. Ada juga di antara mereka yang berniaga.” (“Dipetik dan diubah suai daripada Mohd. Nor bin Mohd. Amin, 1977/1978, Jenderam Korban Dharurat 1948-1958, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Kuala Lumpur (tidak diterbitkan)”: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.30).
MAKLUMAT LANJUT: Kampung Jenderam Hulu: 1940-an

Kiri: “Kegiatan Komunis yang berleluasa di sekitar tahun 1948 banyak meninggalkan kesan kepada penduduk di Kampung Jenderam Hulu.” (Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.31).
Kanan: Peta sekitar Jenderam, 1950, kira-kira setahun sebelum peristiwa pemindahan dan pemusnahannya (Surveyor General, Malaya, 1950 @ Australian National University: |"Malaysia, Malaya, Selangor 1950, Land Use, South Sheet, 1950, 1:126 720").
“Darurat telah membawa berbagai-bagai peristiwa yang pahit ke atas sebilangan penduduk Tanah Melayu, termasuklah penduduk Kampung Jenderam. Dengan kuatkuasa undang-undang Darurat 1948, seluruh penduduk Kampung Jenderam telah dipindahkan ke khemah tahanan di Kluang, Johor. Kampung halaman mereka telah dimusnahkan, rumah-rumah mereka dibakar dan harta benda mereka dirampas serta dilelong. Peristiwa ini bukan sahaja telah menggemparkan penduduk Tanah Melayu tetapi juga menggegarkan Parlimen British. Kerajaan mengakui bahawa tindakan itu adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan, tetapi terpaksa dijalankan kerana pada pendapat mereka penduduk Kampung Jenderam terbukti penyokong kuat Komunis. Oleh kerana itu mereka harus dipindahkan supaya pihak Komunis tidak mendapat bantuan.
Tetapi adakah sebenarnya penduduk Jenderam ini Komunis.? Ataupun mereka ini pejuang-pejuang kebangsaan yang hendak menuntut kemerdekaan Tanah Melayu! Jika ditinjau lebih dekat didapati bahawa penduduk Jenderam yang berasal dari Indonesia, mendapat pendidikan agama Islam di Indonesia dan mempunyai semangat revolusi Indonesia yang begitu bersemarak ketika itu. Mereka mempunyai fikiran dan pandangan yang progresif dan tujuan sebenar mereka adalah untuk
memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Dengan berpegang kepada hakikat bahawa Tanah Melayu dan Indonesia itu satu, telah menyebabkan mereka bergiat dalam pergerakan Parri Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu bersama-sama dengan Indonesia.
Perjuangan penduduk Jenderam ini adalah perjuangan untuk mencapai hasrat dan cita-cita ke arah ini yang akibatnya telah mengorbankan kampung halaman, harta benda dan juga nyawa mereka. Bagi mereka, untuk mencapai cita-cita ini mereka sanggup bergabung dengan sesiapa sahaja walau dengan Komunis sekalipun. Pegangan mereka inilah yang telah menyebabkan Kerajaan British menuduh mereka Komunis dan mengambil tindakan yang drastik terhadap mereka. Tindakan secara pukul rata pihak British ini menyebabkan orang awam yang tidak bersalah juga dikategorikan sebagai komunis
termasuklah golongan wanita dan kanak-kanak. Hanya generasi yang pernah mengalami peristiwa ini yang memahami dan merasai kepedihan dipaksa meninggalkan kampung halaman, sawah bendang, tanaman dan ternakan serta segala-gala yang pernah mereka miliki. Akibatnya agak tragis kerana sehingga kini apabila disebut Kampung Jenderam Hulu, masih ada tanggapan di kalangan sesetengah pihak bahawa kampung ini merupakan bekas kampung komunis dan penduduknya adalah warisan generasi ini.”
(Sumber: “Dipetik dan diubah suai daripada Mohd. Nor bin Mohd. Amin, 1977/1978, Jenderam Korban Dharurat 1948-1958, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Kuala Lumpur (tidak diterbitkan)”: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.37-38).
MAKLUMAT LANJUT: Kampung Jenderam Hulu: Pemindahan dan Pemusnahan: 1950-1955
“Sekitar tahun 1958, Raja Mahmud bin Raja Alang (kerabat Sultan Selangor) telah berusaha dan memohon kepada Kerajaan British agar penduduk Kampung Jenderam Hulu yang diarah berpindah ke kem di Kluang dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Pada mulanya, permintaan beliau ditolak. Walau bagaimanapun, beliau tidak berputus asa dan meneruskan usaha dengan mengadakan perundingan demi perundingan bersama wakil Kerajaan British. Setelah kata sepakat dicapai, British membenarkan penduduk kampung untuk kembali ke rumah masing-masing dengan syarat mereka tidak dibenarkan tinggal di kawasan pedalaman. Oleh itu, “rumah tumpang” iaitu rumah sementara yang dibina sederet (seperti rumah kedai) digunakan bagi mereka yang mahu menetap di kampung ini kerana rumah-rumah yang lain telah dibakar.” (“Dipetik dan diubah suai daripada Mohd. Nor bin Mohd. Amin, 1977/1978, Jenderam Korban Dharurat 1948-1958, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Kuala Lumpur (tidak diterbitkan)”: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.39).
“Oleh kerana Sungai Jenderam ini telah diluruskan, kawasan ini sekarang tidak lagi terdedah kepada banjir. Penanaman padi yang banyak sekali ialah sebelum penduduk Kampung Jenderam Hulu ini dipindahkan dalam tahun 1951. Selepas mereka balik semula ke kampung ini, penanaman padi sudah berkurangan dan selepas tahun 1972, penanaman padi di kawasan ini telah dihentikan. Selain daripada getah dan padi, terdapat juga aktiviti campuran seperti membela binatang ternakan dan kebun buah-buahan.
…..
Apabila kampung ini dibuka semula selepas tahun 1958, hanya orang-orang Melayu sahaja yang dibenarkan balik. Setelah orang-orang Jenderam Hulu dibenarkan balik ke kampung mereka, Kerajaan telah melaksanakan projek pembangunan bagi kemajuan kampung ini. Antara projek yang telah dilaksanakan seperti Balai raya (1959), Pondok Telefon (1959), Sekolah Agama (1964), Klinik Kesihatan (1964) dan Rumah Kaum Ibu (1965). Sekolah Melayu Kampung Jenderam Hulu telah dibina semula dalam tahun 1959. Pada tahun 1958, kampung ini telah dibahagikan kepada empat (4) kawasan atau blok di bawah pengawasan Datuk Empat (Tok Empat) yang bertanggungjawab kepada Ketua Kampung. Blok 1
ialah kawasan kedai di bawah pengawasan Encik Bakar bin Jali, Blok 2 kawasan seberang di bawah Encik Osman bin Binu, Blok 3 Kampung Hilir di bawah Encik Yunus bin Pendek dan Blok 4 Kampung Hulu di bawah Encik Agus bin Singkat.”
(Sumber: “Dipetik dan diubah suai daripada Mohd. Nor bin Mohd. Amin, 1977/1978, Jenderam Korban Dharurat 1948-1958, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Kuala Lumpur (tidak diterbitkan)”: Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.30-32).

Peta sekitar Kg. Jenderam (ditandakan merah). Kelihatan Kg. Jalan Bahru (ditandakan ungu, mungkin merujuk kepada Jalan Bangi-Telok Datok yang siap dibina 8-9 tahun selepas Kg. Jenderam diasaskan), dan Kg. Jenderam Hilir (ditandakan biru tua) di sebelah utara. Ada pendapat mengatakan Kg. Bahru mendahului Kg. Jenderam Hilir, dan ada juga pendapat sebaliknya (Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.22-23).
Kiri: Berdasarkan peta tahun 1962-1963 (Director of National Mapping, Malaysia, 1962: |"Malaysia, Selangor, Kuala Lumpur, Series: L7010, Sheet 94, 1962, 1:63 360"; Director of National Mapping, Malaysia, 1963 @ Australian National University: |"Malaysia, Negri Sembilan, Selangor, Sepang, Series: L7010, Sheet 102, 1963, 1:63 360").
Kanan: Berdasarkan peta 2025. Kg. Jenderam kini dikenali sebagai “Jenderam Hulu”. Kedua-dua Kg. Jalan Bahru dan Kg. Jenderam Hilir adalah sebahagian daripada “Jenderam Hilir” kini (Mapcarta).
MAKLUMAT LANJUT: Kampung Jenderam Hulu: Kepulangan dan Pembukaan Semula (1957-1959)