This is an old revision of the document!
Jadual Kandungan
Kampung Jenderam Hulu: Pembangunan Semula (1960-1969)
Dirujuk oleh
SAMBUNGAN DARI: Kampung Jenderam Hulu: Kepulangan dan Pembukaan Semula (1955-1959).
Kronologi
1961-04-04: JENDRAM FARMERS ASSOCIATION JENDUAM COMMUNITY HALL, ULU LANGAT, KAJANG P.O. 24TH MAR, 1961 (5-4-61) https://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1758832
1962-02-02: EN. DIMAH BIN SADRAN (TUKANG KEBUN. SEK. KEB. JENDERAM HILIR) - BERSARA PADA 31/12/1979 https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/147570
1962-05-29: MIDWIFE AT JENDERAM CLINIC. https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/1721487
1962-07-10: Rombongan ke Pejabat Berita Harian
“Gambar di-atas menunjokkan beberapa orang dari rombongan pelawat2 sa-ramai 45 orang dari Jenderam yang telah mengunjongi Pejabat Berita Harian semalam kelihatan sedang ashek memerhatikan Raja Hamzah, pelukis Berita Harian sedang menyiapkan lukisan komik Keluarga Mat Jambul. Rombongan tersebut telah di-ketuai oleh Inche Badaruddin bin Tawar.” (Berita Harian, 10 July 1962, Page 2: |"Rombongan pemuda Jenderam dgn pelukis Mat Jambul").
1962-11-08: ZAINAB BT HJ. SIRAN, BATU 27, JENDERAM https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/353393
Peta 1963: Ketika Pembangunan Semula

Peta sekitar Kg. Jenderam (ditandakan merah). Kelihatan Kg. Jalan Bahru (ditandakan ungu, mungkin merujuk kepada Jalan Bangi-Telok Datok yang siap dibina 8-9 tahun selepas Kg. Jenderam diasaskan), dan Kg. Jenderam Hilir (ditandakan biru tua) di sebelah utara. Ada pendapat mengatakan Kg. Bahru mendahului Kg. Jenderam Hilir, dan ada juga pendapat sebaliknya (Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.22-23).
Kiri: Berdasarkan peta tahun 1962-1963 (Director of National Mapping, Malaysia, 1962: |"Malaysia, Selangor, Kuala Lumpur, Series: L7010, Sheet 94, 1962, 1:63 360"; Director of National Mapping, Malaysia, 1963 @ Australian National University: |"Malaysia, Negri Sembilan, Selangor, Sepang, Series: L7010, Sheet 102, 1963, 1:63 360").
Kanan: Berdasarkan peta 2025. Kg. Jenderam kini dikenali sebagai “Jenderam Hulu”. Kedua-dua Kg. Jalan Bahru dan Kg. Jenderam Hilir adalah sebahagian daripada “Jenderam Hilir” kini (Mapcarta).
1965-03-25: Rayuan Pemindahan Pekan Sari
“Menteri Besar Selangor Dato' Harun bin Haji Idris telah berjanji dengan pendudok Kampung Jenderam hendak memindahkan pekan sari yang ada sekarang ini kampong Jenderam Ulu untok memudahkan lagi pendudok kampong ini menjual hasil2 tanaman mereka. Janji ini telah di-buat oleh beliau ketika beruchap di-dalam satu perjumpaan temu ramah dengan pendudok2 kampong mukim Jenderam pada hari Ithnin baharu2 ini. Di dalam perjumpaan ini wakil pendudok kampong ini telah merayu melalui wakil ra'ayat kawasan Dingkil, Raja Nong Chik bin Ishak supaya kerajaan Selangor dapat mengubah pekan sari yang ada sekarang ini ka-kampong Jenderam Ulu. Pekan sari yang di-ada-kan oleh kerajaan pada dua tahun yang lalu terletak di-satu kawasan tanah lapang dan jauh dari kampong yang di-dudoki oleh orang ramai. Dato' Harun di-dalam uchapan-nya telah berjanji hendak mengubah pekan sa-hari itu dengan sa-chepat mungkin untok memudahkan pendudok2 di-mukim ini menjual hasil2 tanaman2 mereka. Beliau juga telah berjanji dengan pendudok kampong ini untok menimbangkan rayuan2 pendudok kampong Jenderam supaya kerajaan dapat mendirikan sa-buah balai polis. Sebab-nya pendudok kampong ini meminta sa-buah balai polis ia-lah kerana kampong ini jauh dengan Kajang dan juga dengan balai polis Dingkil.” (Berita Harian, 25 March 1965, Page 7: |"MB janji akan pindahkan pekan untok kemudahan").
1965-12-18: PAMERAN PERTUKANGAN TANGAN PELAJARAN DEWASA KAMPUNG JENDERAM HILIR. PEMBUKAAN RASMI OLEH MENTERI BESAR SELANGOR, DATO HARUN BIN HAJI IDRIS, SEKOLAH KEBANGSAAN, JENDERAM PEKAN; 18.12.1965 https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/1372882 ( 20010030218g1.jpg )
1966-09-12: Rancangan Rumah Murah
“Satu ranchangan perumahan untok pendudok2 yang miskin akan di-lancharkan di kampong Sungai Chua dan di-kawasan Jenderam pada pertengahan tahun ini. Ahli Dewan Negeri Selangor kawasan Dingkil Raja Nong Chik bin Raja Ishak memberi tahu Berita Harian bahawa rumah ini di-bena untok orang yang tidak bertanah dan berumah. Sa-banyak 60 buah rumah akan di-bena di-kawasan Sungai Chua untok orang China dan orang Melayu. Sa-banyak 80 buah rumah di-bena di-kawasan Jenderam untok orang2 Melayu. Beliau juga menerangkan ini-lah pertama kali-nya ranchangan rumah murah akan di-bena di-daerah pilehan raya kawasan Dingkil. Di-kawasan ini banyak pendudok2 yang tidak mempunyai tanah dan rumah untok tempat tinggal. Keluarga2 yang akan di-beri rumah murah ini ia-lah pendudok2 yang miskin yang mempunyai pendapatan sa-ratus ringgit sa-bulan.” (Berita Harian, 12 September 1966, Page 3: | "Projek rumah2 murah untok Sungai Chua, Jenderam").
1966-10-10: Ahli Parti Rakyat Masuk UMNO
“Parti Rakyat ranting Jenderam hari ini menafikan bahawa dua orang masok UMNO hari Juma'at lalu itu anggota2 penting Partai Rakyat. Mereka hanya anggota biasa yang tidak punya arti apa2 dalam politik. 'Kami tidak terperanjat dengan hal yang berlaku itu,' kata Inche B. Buyong, Ketua Partai Rakyat ranting Jenderam hari ini. Dua orang anggota penting Partai Rakyat ranting Jenderam di-beritakan telah mendaftarkan diri menjadi ahli UMNO di-hadapan Raja Nong Chik bin Raja Ishak hari Juma'at lalu. Mereka ia-lah Inche Hamid bin Said, ketua satu dan Inche Buyong bin Saad bendahari.” (Berita Harian, 10 October 1966, Page 2: |"PR Jenderam nafikan 2 ahli-nya yang masok UMNO tokoh2 penting").
1967-02-13: DERMA-DERMA UNTUK MANGSA-MANGSA BANJIR, DARI CAWANGAN-CAWANGAN UMNO BAHAGIAN SEPANG, JENDERAM ULU DAN JENDERAM HILIR, CEK-CEK DAN WANG TUNAI, DITERIMA OLEH DATO HAJI ANJANG SAITH, DI PEJABATNYA, KUALA LUMPUR; 13.2.1967 https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/1375013 ( 20010035330g1.jpg )
1968-02-14: BEKALAN AYER KA-JENDERAM HILIR DAN JENDERAM ULU https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/106386
1969-02-15: PERSATUAN KEBAJIKAN PENDUDOK-PENDUDOK KAMPONG JENDERAM, KAJANG; BATU 27 1/4, KAMPONG JENDERAM, WAKIL POS JENDERAM, KAJANG, SELANGOR https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/1757959
1969-08-18: Tuntutan Wang Daripada Pemerintah
“Pada 19 November yang lalu mulai jam 3.08 hingga 5.30 petang telah di-ada-kan satu meshuarat pendudok2 termasok bekas pendudok2 kampong Jenderam di-Balai Raya Kampong Jenderam. Meshuarat telah memutuskan agar tuntutan hendak-lah di-buat kapada pemerentah supaya wang sa-jumlah $21,847.46 di-keluarkan segera kepada pendudok2 kampong Jenderam. Apakah Persatuan Ibu Bapa dan Murid2 Tua Kampong Jenderam sudah melaksanakan tugas yang di-amanahkan ka-atas-nya. Banyak ranchangan kemajuan dan pembangunan yang dapat diwujudkan dari kumpulan wang itu kira-nya pemerentah dapat mengeluarkan wang tersebut dengan sa-berapa segara kapada persatuan di-kampong itu.” (B. Buyung @ Berita Harian, 18 August 1969, Page 8: |"Putusan meshuarat belum di-laksana").
1969-12-04: Jembatan yang di-bina oleh Askar2 Jepun sedang pesat di-perbaiki Berita Harian, 4 December 1969, Page 8 https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19691204-1.2.78
1970-03-30: AZIMAH BINTI ABDUL MANAP, BATU 26, JENDERAM HILIR. https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/353053
1970-06-01: KANTAN BIN JALIL, K.P 2180894, BALAI RAYA BATU 26, JENDERAM HILIR. https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/341475
1971-03-09: PERSATUAN BELIA 4B JENDERAM HILIR; D/A KAMPONG JENDERAM HILIR, WAKIL POS JENDERAM, KAJANG, SELANGOR https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/1756099
1971-03-30: PERSATUAN GERAKAN BELIA 4B JENDERAM HULU. BALAI RAYA JENDERAM, WAKIL POS JENDERAM,KAJANG, SELANGOR. https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/1756996
1973-11-10: LEAH BTI JAJANG, I/C 0570904, KAMPONG JENDERAM HILIR, WAKIL POS KAJANG (ANAK PEREMPUAN UMI KALSOM BT. LEBAI KASIM). https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/353942
1974-01-26: SEKOLAH UGAMA JENDERAM (ULU HILIR) https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/161659
1974-02-12: TAMBAHAN MENARA MASJID JENDERAM ULU. https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/161079
1979-04-09: PERMOHONAN DIBAWAH SEKSYEN 17, PEMOHON: FATIMAH BINTI BASIR, BATU 26, JENDERAM HILIR, SELANGOR. https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/294016
