This is an old revision of the document!
Jadual Kandungan
Kampung Jenderam Hulu: Pembangunan Semula (1960-1969)
Dirujuk oleh
SAMBUNGAN DARI: Kampung Jenderam Hulu: Kepulangan dan Pembukaan Semula (1955-1959).
Latar Pembinaan Semula
“Jenderam ia-lah sa-buah kampong Melayu yang mulai di-diami orang semenjak akhir tahun 1958. Pendudok2 kampong ini dahulu-nya tinggal bertaboran di-merata cherok negeri ini. Sa-tengah-nya berasal dari Ulu Yam Baharu, Kuang, Gombak, Sungai Penchala, bahkan ada juga yang datang dari ibu kota Kuala Lumpur. … Mereka di-usir dari kampong itu pada 15 February tahun 1951 akibat Undang2 Dharurat. Dengan perentah Penguasa Tertinggi Angkatan Darat ketika itu, pendudok Jenderam yang sa-ramai 1,500 orang itu telah pindah beramai2 dengan hanya membawa harta benda yang boleh di-bimbit sahaja.
SUNYI SEPI
Semenjak itu kampong Jenderam yang terkenal kaya-nya dalam negeri Selangor telah sunyi sepi. Dari sa-buah kampong yang kaya dengan hasil pertanian, jadi-lah ia se-buah kampong yang miskin dan tidak mempunyai pendudok. Kira2 tujoh tahun kampong itu tidak berpendudok. Tetapi pendudok2 yang chekal itu tidak pula putus asa. Pada 21 July tahun 1957 mereka telah mengirimkan memorandum ka-pada semua parti politik, termasok kapada Perdana Menteri Tengku Abdul Rahman sendiri meminta supaya mereka di-benarkan sa-mula mendiami kampong itu. Akhir-nya permintaan mereka berhasil. Kampong yang tadi-nya telah menjadi hutan, di-bersehkan sa-mula. Jenderam kini sudah mulai subor dan pendudok-nya bekerja keras untok mengusahakan agar kampong-nya menjadi ma'-amor saperti sambilan tahun yang silam.
MEMBANGUN
Semua rumah2 di-kampong ini di-buat sendiri oleh mereka. Kerajaan hanya memberi sa-banyak $250 kapada tiap2 keluarga untok membangunkan kampong itu sa-mula. Kerajaan juga telah menyediakan $15 untok tiap2 satu rantai bagi membena jalan raya kampong itu. Kerajaan telah membuka peluang kapada pendudok2 kampong itu untok bekerja dengan Jabatan Parit dan Tali Ayer. Keadaan sungai dan tali ayer kampong itu telah ditutup oleh rimba. Oleh Jabatan Tali Ayer telah di-keluarkan biaya untok membaiki parit2 dan tali ayer tersebut. Kerajaan Selangor telah mengeluar biaya sa-banyak $13,000 untok membaiki masjid kampong itu. Sa-banyak $12,500 telah di-keluarkan oleh Kerajaan bagi membena sa-buah balai raya yang mempunyai dua buah bilek, sa-buah dapor, sa-buah kolam dan kerusi meja.
RUNDINGAN
Balai ini di-untokkan ka-pada pemuda2 dan orang2 kampong mengadakan perundingan bagi menyusun dan membaiki masharakat kampong mereka. Sa-buah sekolah kebangsaan telah di-bena juga. Sekolah ini menelan perbelanjaan sa-banyak $86,000, yang di-keluarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Klinik untok kemudahan2 pendudok Jenderam dan sa-buah balai polis kechil ia-lah kemudahan2 lain untok kampong yang baharu membangun ini. Sawah2 telah pun menguning, berarti bahawa pendudok2 Jenderam akan kembali merasai hasil keringat mereka sendiri. Kebanyakan pendudok kampong ini bertani dan berkebun getah sa-bagai mata pencharian yang utama. Satu hal yang boleh di-puji dalam memperkatakan pendudok2 kampong ini ialah mereka mempunyai semangat gotong royong dalam membena kampong itu.”
(Sumber laporan: Berita Harian, 18 February 1960, Page 4: | "Kampong yang terbiar sa-lama 7 tahun, kini di-bena sa-mula").
Kronologi
1960-01-08: Pembinaan Sekolah Kebangsaan Kampong Jenderam

Kiri: “Gambar ini menunjokkan sa-buah sekolah kebangsaan yang baharu sahaja di-dirikan di-Kampong Jenderam, satu usaha yang di-lancharkan dalam rangka pembangunan kampong itu.”
Kanan: Gambar yang lebih jelas (NSTP, -: |"AMU00275").
“Jawatankuasa sementara bekas pendudok2 Jenderam menyampaikan terima kaseh-nya kapada Kerajaan kerana mengadakan sa-buah sekolah di-kampong tersebut. Tuan Buyong, Setiausaha jawatankuasa tersebut, menyatakan kapada Berita Harian hari ini bahawa dengan ada-nya sekolah tersebut maka anak2 Melayu yang ada di-kampong itu sa-kurang2-nya 'mempunyai harapan untok masa akan datang.' Beliau kemudian menyeru kapada bekas pendudok2 Jenderam supaya kembali ka-kampong tersebut 'untok berusaha kembali membangun kampong dan masharakat baharu.'” (Berita Harian, 8 January 1960, Page 6: |"Merasa shukor").
1960-05-23: Lawatan Menteri Besar dan Bidasan Parti Buroh
“Amaran Menteri Besar Selangor, Inche Abu Bakar Baginda kapada pendudok2 Jenderam supaya waspada terhadap parti2 kiri telah di-bidas dalam persidangan Parti Buroh di-sini hari ini. Bidasan itu di-buat oleh Inche B. Buyong, Setiausaha Parti Rakyat dalam persidangan Parti Buroh Negeri Selangor di-hadapan kira2 200 orang anggota perwakilan parti itu. Menurut Inche Buyong, Menteri Besar Selangor dalam lawatan-nya ka-Jenderam pada 23 May kelmarin telah menyeru kapada ra'ayat kampong itu supaya 'menjauhkan diri dari pertubohan2 yang bermaksud mengachau keamanan.' Menteri Besar juga di-katakan telah mengingatkan pendudok2 itu bahawa beliau telah menerima laporan tentang sa-tengah2 pendudok Jenderam konon membenar-kan rumah2 mereka di-gunakan untok 'pertubohan2 yang berhaluan kiri.' Inche Bakar Baginda di-katakan mengingatkan pendudok2 itu bahawa mereka tidak harus membenarkan lagi rumah2 mereka di-gunakan untok meshuarat atau perjumpaan parti2 saperti itu. Beliau memberi amaran bahawa tindakan keras akan di-jalankan ka-atas sa-orang di-dapati melakukan perbuatan itu. Inche Buyong ketika mengulas uchapan Inche Abu Bakar Baginda itu berkata bahawa uchapan itu nampaknya 'di-tujukan untok menakut2kan pendudok2 Jenderam.' Perbuatan saperti itu, tegas Inche Buyong, 'tidak demokratik dan amat-lah di-kesalkan.' 'Sa-bagai sa-orang Menteri Besar dalam sa-buah negeri yang mempunyai perlembagaan, Inche Abu Bakar tentu tahu bahawa ra'ayat negeri ini bebas melahirkan pendapat, bebas berkumpul dan menubohkan parti politik yang kiri sekali pun asal parti itu di-sahkan oleh Kerajaan. CHATATAN: Pendudok2 Kampong Jenderam di-pindahkan dalam bulan Februari tahun 1951 kerana di-tudoh membantu pengganas2. Pendudok2-nya ketika itu berjumlah 1,500 orang. Tahun 1958, kampong itu di-benarkan di-buka sa-mula.” (Berita Harian, 30 May 1960, Page 1: | "Uchapan Menteri 9 Besar di-bantah").
1961-04-04: JENDRAM FARMERS ASSOCIATION JENDUAM COMMUNITY HALL, ULU LANGAT, KAJANG P.O. 24TH MAR, 1961 (5-4-61) https://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1758832
1962-02-02: EN. DIMAH BIN SADRAN (TUKANG KEBUN. SEK. KEB. JENDERAM HILIR) - BERSARA PADA 31/12/1979 https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/147570
1962-05-29: MIDWIFE AT JENDERAM CLINIC. https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/1721487
1962-07-10: Rombongan ke Pejabat Berita Harian
“Gambar di-atas menunjokkan beberapa orang dari rombongan pelawat2 sa-ramai 45 orang dari Jenderam yang telah mengunjongi Pejabat Berita Harian semalam kelihatan sedang ashek memerhatikan Raja Hamzah, pelukis Berita Harian sedang menyiapkan lukisan komik Keluarga Mat Jambul. Rombongan tersebut telah di-ketuai oleh Inche Badaruddin bin Tawar.” (Berita Harian, 10 July 1962, Page 2: |"Rombongan pemuda Jenderam dgn pelukis Mat Jambul").
1962-11-08: ZAINAB BT HJ. SIRAN, BATU 27, JENDERAM https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/353393
Peta 1963: Ketika Pembangunan Semula

Peta sekitar Kg. Jenderam (ditandakan merah). Kelihatan Kg. Jalan Bahru (ditandakan ungu, mungkin merujuk kepada Jalan Bangi-Telok Datok yang siap dibina 8-9 tahun selepas Kg. Jenderam diasaskan), dan Kg. Jenderam Hilir (ditandakan biru tua) di sebelah utara. Ada pendapat mengatakan Kg. Bahru mendahului Kg. Jenderam Hilir, dan ada juga pendapat sebaliknya (Discovery Research Consultant Management Sdn Bhd, b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang, hlm.22-23).
Kiri: Berdasarkan peta tahun 1962-1963 (Director of National Mapping, Malaysia, 1962: |"Malaysia, Selangor, Kuala Lumpur, Series: L7010, Sheet 94, 1962, 1:63 360"; Director of National Mapping, Malaysia, 1963 @ Australian National University: |"Malaysia, Negri Sembilan, Selangor, Sepang, Series: L7010, Sheet 102, 1963, 1:63 360").
Kanan: Berdasarkan peta 2025. Kg. Jenderam kini dikenali sebagai “Jenderam Hulu”. Kedua-dua Kg. Jalan Bahru dan Kg. Jenderam Hilir adalah sebahagian daripada “Jenderam Hilir” kini (Mapcarta).
1965-03-25: Rayuan Pemindahan Pekan Sari
“The Mentri Besar of Selangor, Dato Harun bin Haji Idris, will visit Kampong Jenderam, about 10 miles from here on Monday. He is expected to discuss the weekly fair which the kampong has started and to call on the people to make full use of it.” (The Straits Times, 20 March 1965, Page 8: |"MB to visit Jenderam").
“Menteri Besar Selangor Dato' Harun bin Haji Idris telah berjanji dengan pendudok Kampung Jenderam hendak memindahkan pekan sari yang ada sekarang ini kampong Jenderam Ulu untok memudahkan lagi pendudok kampong ini menjual hasil2 tanaman mereka. Janji ini telah di-buat oleh beliau ketika beruchap di-dalam satu perjumpaan temu ramah dengan pendudok2 kampong mukim Jenderam pada hari Ithnin baharu2 ini. Di dalam perjumpaan ini wakil pendudok kampong ini telah merayu melalui wakil ra'ayat kawasan Dingkil, Raja Nong Chik bin Ishak supaya kerajaan Selangor dapat mengubah pekan sari yang ada sekarang ini ka-kampong Jenderam Ulu. Pekan sari yang di-ada-kan oleh kerajaan pada dua tahun yang lalu terletak di-satu kawasan tanah lapang dan jauh dari kampong yang di-dudoki oleh orang ramai. Dato' Harun di-dalam uchapan-nya telah berjanji hendak mengubah pekan sa-hari itu dengan sa-chepat mungkin untok memudahkan pendudok2 di-mukim ini menjual hasil2 tanaman2 mereka. Beliau juga telah berjanji dengan pendudok kampong ini untok menimbangkan rayuan2 pendudok kampong Jenderam supaya kerajaan dapat mendirikan sa-buah balai polis. Sebab-nya pendudok kampong ini meminta sa-buah balai polis ia-lah kerana kampong ini jauh dengan Kajang dan juga dengan balai polis Dingkil.” (Berita Harian, 25 March 1965, Page 7: |"MB janji akan pindahkan pekan untok kemudahan").
1965-12-18: PAMERAN PERTUKANGAN TANGAN PELAJARAN DEWASA KAMPUNG JENDERAM HILIR. PEMBUKAAN RASMI OLEH MENTERI BESAR SELANGOR, DATO HARUN BIN HAJI IDRIS, SEKOLAH KEBANGSAAN, JENDERAM PEKAN; 18.12.1965 https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/1372882 ( 20010030218g1.jpg )
1966-09-12: Rancangan Rumah Murah
“Satu ranchangan perumahan untok pendudok2 yang miskin akan di-lancharkan di kampong Sungai Chua dan di-kawasan Jenderam pada pertengahan tahun ini. Ahli Dewan Negeri Selangor kawasan Dingkil Raja Nong Chik bin Raja Ishak memberi tahu Berita Harian bahawa rumah ini di-bena untok orang yang tidak bertanah dan berumah. Sa-banyak 60 buah rumah akan di-bena di-kawasan Sungai Chua untok orang China dan orang Melayu. Sa-banyak 80 buah rumah di-bena di-kawasan Jenderam untok orang2 Melayu. Beliau juga menerangkan ini-lah pertama kali-nya ranchangan rumah murah akan di-bena di-daerah pilehan raya kawasan Dingkil. Di-kawasan ini banyak pendudok2 yang tidak mempunyai tanah dan rumah untok tempat tinggal. Keluarga2 yang akan di-beri rumah murah ini ia-lah pendudok2 yang miskin yang mempunyai pendapatan sa-ratus ringgit sa-bulan.” (Berita Harian, 12 September 1966, Page 3: | "Projek rumah2 murah untok Sungai Chua, Jenderam").
1966-10-10: Ahli Parti Rakyat Masuk UMNO
“Parti Rakyat ranting Jenderam hari ini menafikan bahawa dua orang masok UMNO hari Juma'at lalu itu anggota2 penting Partai Rakyat. Mereka hanya anggota biasa yang tidak punya arti apa2 dalam politik. 'Kami tidak terperanjat dengan hal yang berlaku itu,' kata Inche B. Buyong, Ketua Partai Rakyat ranting Jenderam hari ini. Dua orang anggota penting Partai Rakyat ranting Jenderam di-beritakan telah mendaftarkan diri menjadi ahli UMNO di-hadapan Raja Nong Chik bin Raja Ishak hari Juma'at lalu. Mereka ia-lah Inche Hamid bin Said, ketua satu dan Inche Buyong bin Saad bendahari.” (Berita Harian, 10 October 1966, Page 2: |"PR Jenderam nafikan 2 ahli-nya yang masok UMNO tokoh2 penting").
1967-02-13: DERMA-DERMA UNTUK MANGSA-MANGSA BANJIR, DARI CAWANGAN-CAWANGAN UMNO BAHAGIAN SEPANG, JENDERAM ULU DAN JENDERAM HILIR, CEK-CEK DAN WANG TUNAI, DITERIMA OLEH DATO HAJI ANJANG SAITH, DI PEJABATNYA, KUALA LUMPUR; 13.2.1967 https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/1375013 ( 20010035330g1.jpg )
1968-02-14: BEKALAN AYER KA-JENDERAM HILIR DAN JENDERAM ULU https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/106386
1969-02-15: PERSATUAN KEBAJIKAN PENDUDOK-PENDUDOK KAMPONG JENDERAM, KAJANG; BATU 27 1/4, KAMPONG JENDERAM, WAKIL POS JENDERAM, KAJANG, SELANGOR https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/1757959
1969-08-18: Tuntutan Wang Daripada Pemerintah
“Pada 19 November yang lalu mulai jam 3.08 hingga 5.30 petang telah di-ada-kan satu meshuarat pendudok2 termasok bekas pendudok2 kampong Jenderam di-Balai Raya Kampong Jenderam. Meshuarat telah memutuskan agar tuntutan hendak-lah di-buat kapada pemerentah supaya wang sa-jumlah $21,847.46 di-keluarkan segera kepada pendudok2 kampong Jenderam. Apakah Persatuan Ibu Bapa dan Murid2 Tua Kampong Jenderam sudah melaksanakan tugas yang di-amanahkan ka-atas-nya. Banyak ranchangan kemajuan dan pembangunan yang dapat diwujudkan dari kumpulan wang itu kira-nya pemerentah dapat mengeluarkan wang tersebut dengan sa-berapa segara kapada persatuan di-kampong itu.” (B. Buyung @ Berita Harian, 18 August 1969, Page 8: |"Putusan meshuarat belum di-laksana").
1969-12-04: Jembatan yang di-bina oleh Askar2 Jepun sedang pesat di-perbaiki Berita Harian, 4 December 1969, Page 8 https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19691204-1.2.78
1970-03-30: AZIMAH BINTI ABDUL MANAP, BATU 26, JENDERAM HILIR. https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/353053
1970-06-01: KANTAN BIN JALIL, K.P 2180894, BALAI RAYA BATU 26, JENDERAM HILIR. https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/341475
1971-03-09: PERSATUAN BELIA 4B JENDERAM HILIR; D/A KAMPONG JENDERAM HILIR, WAKIL POS JENDERAM, KAJANG, SELANGOR https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/1756099
1971-03-30: PERSATUAN GERAKAN BELIA 4B JENDERAM HULU. BALAI RAYA JENDERAM, WAKIL POS JENDERAM,KAJANG, SELANGOR. https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/1756996
1973-11-10: LEAH BTI JAJANG, I/C 0570904, KAMPONG JENDERAM HILIR, WAKIL POS KAJANG (ANAK PEREMPUAN UMI KALSOM BT. LEBAI KASIM). https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/353942
1974-01-26: SEKOLAH UGAMA JENDERAM (ULU HILIR) https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/161659
1974-02-12: TAMBAHAN MENARA MASJID JENDERAM ULU. https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/161079
1979-04-09: PERMOHONAN DIBAWAH SEKSYEN 17, PEMOHON: FATIMAH BINTI BASIR, BATU 26, JENDERAM HILIR, SELANGOR. https://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/294016
